Terjemahan Al-Quran

Welcome to my humble Gugu-Gaga Blog



Thursday, October 9, 2014

APA ITU BV ALFALFA


Apakah itu Alfalfa?

Alfalfa adalah tumbuhan berbunga dalam kumpulan kekacang yang hidup antara empat hingga lapan tahun tetapi boleh menjangkau sehingga 20 tahun, bergantung kepada jenis baka dan cuaca. Tumbuhan berbunga kecil berwarna ungu ini boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter. Alfalfa mempunyai akar yang sangat panjang dengan sistem akar yang berselirat sehingga menjangkau 15 meter yang menjadikan alfalfa begitu hebat dalam menyerap mineral dan vitamin yang berada jauh di dalam tanah yang sukar dicapai oleh tumbuhan biasa yang lain. Selain itu, akarnya yang panjang dan berselirat menjadikan ia mampu bertahan semasa kemarau.

Khasiat Alfalfa?
Alfalfa secara semula jadi kaya dengan mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi serta lain-lain mineral penting dan vitamin termasuklah vitamin A, D, E, K di samping mengandungi semua kumpulan vitamin B, biotin, asid folik, potasium dan lain-lain. Selain itu, alfalfa kering sangat kaya dengan protein.

Perkataan alfalfa berasal daripada bahasa Arab dengan suku kata al-fak-fakah, yang bermaksud "Bapa semua makanan" kerana ia sangat kaya dengan mineral penting yang menjadikan alfalfa  makanan tambahan yang sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia.

Herba alfalfa dipercayai mempunyai keistimewaan yang boleh mengurangkan tahap kolestrol kerana memiliki khasiat pelbagai vitamin dan mineral penting. Herba alfalfa juga sangat berkesan dalam menyahtoksid dan membersihkan darah dan seterusnya memulih serta memperbaharui sel-sel badan. Hasilnya, pengambilan alfalfa secara tetap boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan menyeimbangkan hormon. Sekiranya diamalkan secara berterusan, alfalfa dapat bertindak sebagai alternatif kepada ubat sakit kepala ataupun migrain kerana kandungannya yang tinggi kalsium dan magnesium.

Antara Mineral penting yg terdapat dalam Alfalfa Concentrated

    KALSIUM - membina dan mengimbangi tulang dan gigi, membantu mencairkan darah(darah pekat), membantu sistem ketahanan badan, menstabilkan denyutan nadi dan juga saraf.
    IRON - membekalkan hemoglobin dan membantu membawa oksigen dalam darah.
    POTASSIUM - diperlukan oleh tubuh badan untuk menormalkan denyutan jantung, otot,saraf dan tindak balas enzim serta percernaan lemak
    CLORIN - mencuci serta menyegarkan badan, merendahkan tahap gula dan kanji dalam metabolisma badan.
    SODIUM - menstabilkan asid di dalam badan, menghalang darah beku/pekat, mengaktifkan limpa; organ yang membantu penghadaman dan pembersihan darah.
    FOSFORUS - diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat,  membaiki nutrisi yang melibatkan tisu saraf serta tindak balas yang berkaitan kalsium dan Vitamin D.
    MAGNESIUM - membantu mereka mereka yang menglami masalah sembelit(sukar buang air besar),menstabilkan saraf, melindungi kulit dan badan serta meransang perkembangan otak.

Keistimewaan Alfalfa Concentrated?
1) Menyahtoksid
Bahan beracun dan toksid berlegar di sekeliling kita. Badan kita juga mengeluarkan sisa metabolisme yang perlu dineutralkan dan dinyahtoksid setiap hari. Alfalfa membantu mengeluarkan sisa bahan beracun dan tercemar daripada badan.

2) Menggalakkan sistem penghadaman yang baik
Alfalfa mengandungi sejenis enzim pencernaan yang dipanggil betaine yang membantu menggalakkan proses pencernaan yang baik.

3) Mengalkalikan badan
Tubuh badan berasid adalah umpama magnet yang menarik penyakit. Alfalfa membantu  meneutralkan keasidan badan di samping sifat alkali semulajadinya untuk mencegah atau membantu mengurangkan masalah kesihatan.

4) Menghilangkan bau nafas
Alfalfa mengandungi khasiat yang boleh mencegah masalah nafas dan badan berbau yang diakibatkan oleh masalah penghadaman. Seterusnya, ia membantu meningkatkan fungsi imuniti badan.

5) Mengurangkan haba badan yang berlebihan
Sesetengah makanan menyebabkan badan berasa panas. Salah satu kegunaan Alfalfa yang paling popular adalah untuk mengurangkan masalah panas badan.

6) Menambahkan darah dan menyampaikan lebih banyak oksigen penting
Klorofil iaitu pigmen hijau yang terdapat dalam alfalfa adalah hampir sama dengan hemoglobin, pigmen merah dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Khasiat klorofil dalam alfalfa boleh meningkatkan bilangan sel-sel darah merah di dalam badan dan seterusnya  meningkatkan keupayaan membawa oksigen yang diperlukan oleh sistem badan.

20 jenis penyakit yg boleh diatasi dgn Alfalfa Concentrated

1) Kolestrol dalam darah
2) Strok dan jantung
3) Diabetes
4) Edema - pengumpulan air dalam badan
5) Melambatkan menopous
6) Arthritis
7) Senggugut
8) Keputihan melampau
9) Resdung, ezcema, alergik
10) Asma dan lain2 masalah pernafasan
11) Sembelit
12) Menyahtoksid dalam tubuh
13) Ulser
14) Kelesuan dan mengantuk
15) Sinus dan hidung sensitif
16) Kesakitan otot dan sendi
17) Kanser Prostat
18) Masalah pundi kencing, kencing kotor
19) Gastrik dan gangguan hati
20) Masalah seksual suami isteri

Cara Penyediaan Alfalfa Concentrated ?
Campurkan 1 hingga 2 sudu besar Alfalfa Concentrated ke dalam 200ml gelas air dan minum 3 kali sehari.

KKM : 1125386010

Harga : RM 78 sebotol / 500ml

Nota :

1) 1 sudu Alfalfa Concentrated bersamaan 1 kg sayur. So, sangat sesuai bg mereka yang tak suka dan tak makan sayur. Terutamanya kanak-kanak ;)

2) Ibu bapa boleh menyediakan sebotol air minum yang di campurkan dengan Alfalfa Concentrated dan berikan pada anak anda untuk di bawa ke sekolah. Ianya dapat memberikan tenaga dan mineral yang baik pada anak anda di samping membuatkan mereka sentiasa cergas dan fokus dalam pembelajaran di sekolah

3) Anda juga harus mencubanya dan bawa ke pejabat ;) Rasa sekali pasti nak lagi 👍👍

Saturday, December 21, 2013

Happy 1 year old my Super Baby.

21/12/12- seawal 6 pagi nurse dah kejutkan ibu, dah 2 minggu ibu tersadai kat hospital ni, sbb doktor nak monitor PT darah ibu.setiap 6 jam darah ibu akan diambil..Allah..dah takde tmpt nk cucuk sampai kat urat kaki n peha pn diorang ambik darah ibu, sakitnya tak payah cakap la.Hari ni ibu akan di induce sekali lagi..kalau bukaan masih sama sehingga jam 12 tgh hari,then doktor suruh stand by untuk emergency operation.
Seperti yang dijangka tepat jam 12.30 tgh hari ibu ditolak ke operation room..walaupun ini operation yang ketiga ibu, tapi kali ni debarnya lebih kuat ditambah dgn sakit contraction..Allah je la yg tau perasaan dan kesakitan yang ibu tanggung masa tu. Sampai menggeletar ibu menahan sakit bila doktor cuba nak masukkan something macam wire dalam urat tangan ibu..ibu pn tak pasti untuk apa. Lepas tu ibu diberi ubat bius jenis gas.
Tepat jam 2.37!ptg lahirlah Super baby ibu seberat 2.77 kg.. a sweet little baby boy we named RAYYAN ADAM B. ROSSUHAILI. Ianya satu pengalam yang paling berharga yang takkan ibu lupakan sampai bila-bila.
Subhanallah..Alhamdulillah..ALLAHUAKHBAR!!!
21/12/13-  Rasanya baru semalam ibu bertarung nyawa melahirkan RAYYAN ADAM.Hari ni anak ibu dah genap setahun . Alhamdulillah Rayyan Adam anak yang aktif dan cepat belajar. Pertumbuhannya juga agak cepat jika dibanding kanak2 lelaki seusinya. Allah juga beri kemudahan pada ibu bilamana sejak dari dalam kandungan lagi Rayyan Adam tak banyak ragam dan karenah. Rayyan Adam anak yang baik.
Happy 1 year old anak ibu sayang, semoga anak ibu membesar dengan baik, jadi anak yang soleh, taat pada kedua ibu bapa taat pada perintah Allah. Menjadi anak yang berguna pada Agama, Bangsa dan Negara. Rayyan Adam lah harta ibu dan ayah dunia dan akhirat.
Terima kasih Allah, kerana mengizinkan anak ini menemaniku didunia dan juga di akhhirat..Aamin in sha Allah.

Tuesday, March 19, 2013

Doa Perlindungan Anak

Salam..
hari ni nak share doa perlindungan anak..baca dan hembuskan pada anak.
Allahualam...


Sunday, January 6, 2013

Anugerah Terindah

Alhamdulillah dengan izin Allah, saya selamat melahirkan bayi lelaki pada petang Jumaat yang barakah bersamaan 21/12/2012 jam 2.37 ptg.. Baby boy seberat 2.77 kg ini diberi nama Rayyan Adam b. Rossuhaili. Terima kasih Allah atas augerah yang terindah ini.ツ

Selamat Berpantang buat diri sendiri...huhu

Sent from Samsung tablet

Monday, December 17, 2012

Kifarah dosa

Setiap kesakitan/kesulitan merupakan kifarah dosa yang lalu..bersyukurlah masih diberi peringatan sebelum kematian menjemput...Allahua'alam..




Sent from Samsung tablet

Sunday, December 16, 2012

Doa ketika sakit



Untuk panduan dan amalan bersama..

Sent from Samsung tablet