Terjemahan Al-Quran

Welcome to my humble Gugu-Gaga Blog



Saturday, December 21, 2013

Happy 1 year old my Super Baby.

21/12/12- seawal 6 pagi nurse dah kejutkan ibu, dah 2 minggu ibu tersadai kat hospital ni, sbb doktor nak monitor PT darah ibu.setiap 6 jam darah ibu akan diambil..Allah..dah takde tmpt nk cucuk sampai kat urat kaki n peha pn diorang ambik darah ibu, sakitnya tak payah cakap la.Hari ni ibu akan di induce sekali lagi..kalau bukaan masih sama sehingga jam 12 tgh hari,then doktor suruh stand by untuk emergency operation.
Seperti yang dijangka tepat jam 12.30 tgh hari ibu ditolak ke operation room..walaupun ini operation yang ketiga ibu, tapi kali ni debarnya lebih kuat ditambah dgn sakit contraction..Allah je la yg tau perasaan dan kesakitan yang ibu tanggung masa tu. Sampai menggeletar ibu menahan sakit bila doktor cuba nak masukkan something macam wire dalam urat tangan ibu..ibu pn tak pasti untuk apa. Lepas tu ibu diberi ubat bius jenis gas.
Tepat jam 2.37!ptg lahirlah Super baby ibu seberat 2.77 kg.. a sweet little baby boy we named RAYYAN ADAM B. ROSSUHAILI. Ianya satu pengalam yang paling berharga yang takkan ibu lupakan sampai bila-bila.
Subhanallah..Alhamdulillah..ALLAHUAKHBAR!!!
21/12/13-  Rasanya baru semalam ibu bertarung nyawa melahirkan RAYYAN ADAM.Hari ni anak ibu dah genap setahun . Alhamdulillah Rayyan Adam anak yang aktif dan cepat belajar. Pertumbuhannya juga agak cepat jika dibanding kanak2 lelaki seusinya. Allah juga beri kemudahan pada ibu bilamana sejak dari dalam kandungan lagi Rayyan Adam tak banyak ragam dan karenah. Rayyan Adam anak yang baik.
Happy 1 year old anak ibu sayang, semoga anak ibu membesar dengan baik, jadi anak yang soleh, taat pada kedua ibu bapa taat pada perintah Allah. Menjadi anak yang berguna pada Agama, Bangsa dan Negara. Rayyan Adam lah harta ibu dan ayah dunia dan akhirat.
Terima kasih Allah, kerana mengizinkan anak ini menemaniku didunia dan juga di akhhirat..Aamin in sha Allah.