Terjemahan Al-Quran

Welcome to my humble Gugu-Gaga Blog



Wednesday, May 18, 2011

Jika Dia Mencintai kamu

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan beberapa ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang terhebat.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu, tetapi dia takut kamu akan terganggu sekiranya dia kerap bertanya biarpun hatinya meronta-ronta ingin mengtahuinya.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dia akan memberikan hadiah yang teristemewa buat kamu. Ikhlas dari hatinya.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu,dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – membebel macam-macam kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Dia sentiasa ingin memberi kata-kata semangat buat kamu. Kerana kamu harinya turut bersemangat.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telahmenggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.Tapi dia akan redha apa sahaja asalkan kamu bahagia kerana dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  15. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorangkekasih.
  16. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannyalagi.
  17. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar. Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  18. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  19. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  20. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu dengan penuh sabar.


Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


Tuesday, May 10, 2011

Kisah Hati 2

Dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku, tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ke tepian yang sejahtera dan abadi…
Menyedari dan Merasai dengan sebenarnya kepentingan Allah SWT di dalam kehidupan
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan…
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh dari pandangan ku…
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buatku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini…
Janganlah engkau biarkan aku bersendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat…
Dan peliharalah kami dari azab api neraka…
Amin… Amin… Amin…Ya rabbal ‘aalamiin…



Kisah Hati


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Pengaruh Warna Mengikut hari!!

As-Salam

DS Terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca semua tentang Definasi resonan hari dan juga pengaruh warna mengikut hari..Selamat membaca!!

Defisini Resonan Warna Hari

Resonan bermaksud " mach," sepasang, mematuhi Hukum Keseimbangan atau sealiran dan serasi. Sesuatu yang dijalankan ketika resonan menjadikan hasil kerja tersebut berjalan lancar dan mendatangkan hasil yang banyak.

Setiap hari terdapat sesuatu warna yang resonan dengannya. Oleh itu, segala aktiviti yang dijalankan hendaklah diresonankan dengan warna setiap hari.

Kaedah terbaik untuk mendapatkan resonan hari ialah dengan mengenakan pakaian yang sama dengan getaran warna yang mendominasi hari.

Hari Isnin kenakan pakaian Putih.
Hari Selasa pakaian Pink atau Violet
Hari Rabu pakaian Biru.
Hari Khamis pakaian Kuning atau Oren.
Hari Jumaat pakailah Hijau.
Hari Sabtu pakaian Merah.
Hari Ahad pakailah Hitam.

Pakaian tidak semestinya perlu satu warna. Boleh dikenakan pelbagai warna tetapi dominankan warna yang resonan pada setiap hari tersebut. Bagi kaum wanita, tudung yang menyamai warna hari juga telah memadai. Begitu juga lelaki, warna baju sahaja yang menyamai warna hari juga telah memadai.

Berdasarkan The Law of Repeatition of Cronology ("Hukum Kronologi Berulang" yang merupakan cabang ilmu Hukum Keseimbangan), hari yang datang secara berulang-ulang setiap tujuh bilangan juga membawa bersama sesuatu vibration (visual light) yang mendominasi hari tersebut. Setiap hari akan membawa vibration dominasi yang berbeza dan ia berulang semula setelah lengkap satu pusingan yang memakan masa enam masa kejadian alam. Setiap ulangan adalah tetap dan mematuhi The Law of Repeatition of Cronology. Vibration visual light yang disukat menyamai dengan frequensi warna. Jadual di bawah menunjukkan ketetapan vibration yang dikesan mendominasi setiap hari.

ISNIN, PUTIH (Gabungan / istirehat / pertahanan) 0- 279 nanometer
SELASA, PINK / VIOLET(Kesucian rohani) 380- 489 nanometer
RABU, BIRU (Kasih sayang / tumpuan) 490- 544 nanometer
KHAMIS, KUNING / OREN (Pemikiran / tenaga) 555-729 nanometer
JUMAAT, HIJAU (Keseimbangan / iman) 545- 554 nanometer
SABTU, MERAH (Keberanian / tuah / kemewahan) 730- 780 nanometer
AHAD, HITAM (Keberanian / tuah / kemewahan) 0- 279 nanometer

Walaupun warna putih dan hitam mempunyi bacaan yang sama, tetapi bezanya ialah penyerakan zarah atmosfera (medium vibration) pada hari isnin adalah rawak (menyamai konsep the state of metter of gases) dan penyerakkan zarah atmosfera pada hari ahad adalah setempat (menyamai konsep the state of metter of water).

Dengan menggunakan beberapa peralatan canggih seperti spectrum analyzer, kita dapat menentukan vibration visual light yang tersebar di dalam atmosfera dalam sesuatu hari malah dalam sesuatu waktu dan keadaan.

Hasil daripada kajian ini, berikut ialah beberapa contoh penemuan saintifik hasil kajian terhadap warna yang resonan terhadap sesuatu hari. Penemuan ini diterangkan dalam bentuk Human Physiology.

ISNIN


Warna PUTIH adalah warna perangsang Kelenjar Pineal. Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.

Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.
Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pitutary. Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah.

SELASA


Warna PINK ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus. Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.

Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus.

RABU


Warna BIRU ialah warna perangsang kelenjar Tyroid. Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).

Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine (T4) yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya.

Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid seperi goiter (beguk), tongsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.

KHAMIS


Warna KUNING ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi.

Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.

Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.

Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyumbuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.

JUMAAT
HIJAU ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung dan Paru-paru.

Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksumum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).

Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.

Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular (Jantung) dan respirasi (Paru-paru) kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.

SABTU


MERAH ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus, Otot, Darah, Tulang dan Saraf. Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.

Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus, Darah dan Otot atau Tulang dan Saraf, amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.

AHAD


Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Gerakkan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.

Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.

Gabugan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh. Tetapi kewujudannya dalan keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagkan mana-mana bahagian tubuh.

Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada gelombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.

Tuesday, March 29, 2011

3 Langkah Bagaimana Menjadi Wanita Berfikiran Positif Setiap Hari


As-Salam
Berfikiran positif merupakan terapi kepada minda..menurut kajian didalam 'The Secret' oleh penulis Rhonda Bynes

"Like Attracts Like! Like Attracts Like is nothing more than the Law of Attraction. It is absolute and has nothing to do with your personality, your religious beliefs, being a "good" or a "bad" person or anything else. No one lives beyond this Law. It is an unquestionable law of the universe."


melalui penulisan beliau mengenai "Law of attraction" boleh disimpulkan disini bahawa sekiranya kita berfikiran positif maka kita akan manarik semua getaran positif disekitar kita...
Kali ini DS ingin berkongsi bagaimana unutuk memupuk diri kita sebagai Wanita yang positif dalam menjalani kehidupan seharian...
ini adalah kerana wanita berfikiran positif adalah wanita bersemangat, berinspirasi, mendahulukan Tuhan dalam setiap perkara, bersangka baik dengan masalah serta senang didampingi sesiapa saja. Berikut adalah 3 langkah asas bagaimana menjadi wanita berfikiran positif setiap hari.


Langkah 1: Bersangka Baik Dengan Situasi Buruk.

Masalah, cabaran dan situasi buruk tetap akan datang dari berbagai arah. Anda tak boleh elak, tak boleh sembunyi, tak boleh lari. Untuk menjadi wanita berfikiran positif, anggap masalah sebagai sebagai peluang untuk memajukan diri. Anggap cabaran sebagai peluang untuk Anda mendiskaver kekuatan serta bakat Anda. Jadikan situasi buruk sebagai peluang untuk Anda memperbaiki diri menjadi orang baru, memperbaiki pemikiran dan memperbaiki tindakan.

Langkah 2: Memaafkan Kesalahan Orang Lain Sebelum Anda Tidur.

Ego, sikap panas baran serta kesombongan membuat Anda sukar memaafkan. Oleh kerana itu, fikiran pun terbentuk penjadi fikiran negatif. Turunkan ego Anda, buang sikap panas baran, buang kesombongan. Jadilah seorang pemaaf. Maafkan kesalahan orang lain yang Anda tak puas hati dari sebesar-besar kesalahan hinggalah ke sekecil-kecil kesalahan. Amalkan memaafkan kesalahan semua orang pada Anda dari dulu sampai sekarang. Bila bangun keesokan paginya, Anda akan rasa ‘feel good’. Anda akan jadi bersemangat.

Langkah 3: Biar Anda Kuasai Emosi,Bukan Emosi Kuasai Anda.

Wanita sinonim dengan air mata kerana emosi wanita amat sensitif. Nak menjadi wanita berfikiran positif Anda perlu tabah serta mahir mengawal emosi. Dalam apa jua perkara, kawal emosi Anda. Anda boleh berlatih mengawal emosi dengan bertenang selalu, be in control, pamerkan air muka yang tenang serta amalkan meditasi ringkas (duduk diam, tenangkan fikiran) selepas selesai sembahyang. Meditasi ringkas di iringi zikir-zikir Asmaul Husna membuat Anda mahir mengawal emosi. Lama kelamaan Anda akan mahir menahan marah, menahan tekanan,sentiasa tenang.

Sunday, March 20, 2011

Kesan-kesan Jika Terkena Radiasi Nuklear




Selepas berlakunya gempa bumi yang mengakibatkan tsunami yang paling teruk sejak 140 tahun dalam sejarah negara Jepun, kini timbul pula masalah yang kian menghantui para penduduk Jepun iaitu radiasi nuklear. Ini terjadi akibat dari beberapa loji dan reaktor nuklear yang mengalami kerosakan seterusnya mengakibatkan tersebarnya radiasi nuklear yang boleh memberi kesan jangka panjang khususnya kepada penduduk Jepun.

kali ni DS nak share sebuah artikel berkenaan radiasi nuklear. Semoga artikel ini dapat memberi sedikit gambaran kepada anda apakah itu radiasi nuklear dan bagaimana kesannya kepada seseorang individu untuk jangka masa pendek dan panjang.

Bencana di Jepun mencetuskan kebocoran loji nuklear seperti yang terjadi di Chernobyl tahun 1986.Kesannya bermacam-macam,ada yang boleh dirasakan seketika dan ada yang tidak diketahui hingga bertahun-tahun.



Kebocoran loji nuklear terburuk dalam sejarah terjadi di Chernobyl,Ukraina pada April 1986.Selain memberikan kesan ribuan penduduk sekitar lokasi kejadian,kesan kesihatan masih dirasakan mangsa hingga bertahun-tahun,misalnya kanser,gangguan kardiovaskular dan bahkan kematian.

Secara alami, tubuh manusia memiliki mekanisme untuk melindungi diri dari kerosakkan sel akibat radiasi mahupun pejanan zat kimia berbahaya lainnya.Namun seperti dikutip dari Foxnews,radiasi pada tingkatan tertentu tidak boleh dikawal oleh tubuh dengan mekanisme tersebut.



Editor kesihatan dari Foxnews Health, Dr Manny Alvarez mengatakan ada 3 faktor yang mempengaruhi kesan radiasi nuklear.Ketiga faktor tersebut akan menentukan kesan apa yang akan dirasakan mangsa.Sinaran yang tinggi mencetuskan kesan sementara yang boleh diketahui,sementara kesan radiasi yang tidak disedari boleh mencetuskan kesan jangka panjang yang biasanya lebih berbahaya.

Kesan sementara atau jangka pendik akibat radiasi tinggi di sekitar loji nuklear antara lain sebagai berikut:

1. Mual muntah
2. Diare
3. Sakit kepala
4. Demam.

Sementara itu,kesan yang baru muncul setelah terdedah kepada radiasi nuklear selama beberapa hari di antaranya adalah sebagai berikut:

1. Pening kepala,mata berpinar-pinar
2. Kecelaruan atau bingung menentukan arah
3. Lemah, letih dan kelihatan lesu
4. rambut gugur dan kebotakan
5. Muntah darah atau buang air besar mengeluarkan darah
6. Tekanan darah rendah
7. Luka susah sembuh.

Kesan kronik atau jangka panjang dari radiasi nuklear oleh tingkat radiasi yang rendah sehingga tidak disedari dan tidak diketahui hingga bertahun-tahun.

Berikut adalah kesan radiasi nuklear jangka panjang..

1. Kanser
2. Penuaan awal
3. Gangguan sistem saraf dan pembiakan
4. Mutasi genetik.