Terjemahan Al-Quran

Welcome to my humble Gugu-Gaga Blog



Wednesday, September 26, 2012

Me, pregnancy and my heart - part 2

Hi you olls, let's continue story mory morning glory....tu pun kalau uolls tak muntah ijo la baca story saya yang bosan ni....
Tak tau la kenapa mood hari ni nak sharing plak....layan kan je lah

Selepas operation alhamdulillah saya dah boleh kembali aktif..malah lebih aktif dari sebelumnya...siap pegi jungle tracking bagai...sampai cikgu pun naik risau......
dan saya pun terus menjalani kehidupan seperti rakan2 seusia yang lain....

Dalam entry yang lepas saya ada bagitau uolls yang jangka hayat injap mekanikal boleh tahan sepanjang hayat...tetapi bergantung sepenuhnya dengan ubat...

Tapi perancangan Allah yang merancang sesuatu untuk saya...
Mungkin sebagai ujian, mungkin juga sebagai peringatan buat saya yang sering alpha dan leka....
Akhirnya pada 13 June 2011..sekali lagi saya terpaksa di operate kerana saya diberitahu doktor bahawa injap yang diganti dulu rosak semula, juga kerana terdapat banyak ketulan darah beku di jantung saya...operation perlu dilakukan dengan segera kerana doktor bimbang sebab kedaan saya masa tu dah terlalu kritikal...maka pada 13 June 2011 
saya di 'operate sekali lagi....

Sebelum masuk bilik operation tu doktor ada bagitau mama yang opertion kali ni dia tak nerani nak jaminan cuma 50-50 memandangkan ini operation kedua dan keadaan saya yang kritikal waktu itu..

saya ingat lagi masa tu mama menagis, begitu juga ahli keluarga yang lain yang ada di bilik menunggu..saya tak sampai hati tengok mama macam tu...tak de apa yang saya boleh cakap masa tu melainkan..
 mama, jangan macam ni, Allah sayang along ( saya bahasakan diri saya dikalangan keluarga) , along redha apa sahaja yang ditentukan, mama juga kena redha, kalau kita redha semuanya akan menjadi mudah..inshallah
mama terdiam dan menganggukan kepalanya...Tangisan mengiringi saya masuk ke dewan bedah........
saat itu saya betul-betul pasrah....


...cam dalam novel plak rasannya...

Alhamdulillah ternyata segalanya berjalan dengan tenang dan lancar..seribu kesyukuran saya panjatkan kepada Allah SWT..DIA adalah sebaik-baik perancang..hanya dia yang tahu apa yang terbaik buat kita...
Allah beri saya peluang kedua untuk membaiki diri, menjadi hambanya yang lebih baik lebih bertaqwa....
Saya beruntung diuji dengan kesakitan, kerana ia sentiasa mengingatkan saya pada kematian...


Insan yg sentiasa berada disisi saya..tak pernah tinggalkn saya walau 1 saat..terima kasih mama....dia sentiasa tersenyum walau apa pun, tak terbalas segala jasanya..semoga Allah sentiasa merahmati mama



Satu drpd 3 tube yg dimskkn dlm badan saya...waaaa sakit sgt...






Time ni dekat hospital Teluk Intan..Masa ni saya dah mula tak bOleh bernafas sendri perlukan bantuan oksigen n condition sgt kritikal..then dr decide to send me to IJN


@ ccu b4 operation




Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.


bersambung.........


No comments:

Post a Comment