Terjemahan Al-Quran

Welcome to my humble Gugu-Gaga Blog



Friday, December 7, 2012

Tips pemilihan set bersalin..

Salam bakal-bakal ibu comel diluar sana...Hari ni iolls nak share tips-tips serta panduan memilih set bersalin bagi ibu-ibu dan bakal-bakal ibu yang sedang menanti hari melahirkan terutama bagi yang 1st time bersalin macam iolls ni kan.. confuse tak tau nak pilih yang mana satu..kan..kan..kan

➜ Berapa bajet anda untuk set bersalin ?  
Ada set bersalin yang murah dan ada yang mahal namun jangan anggap yang mahal itu lebih baik dari yang murah.  Adakalanya set itu mahal kerana “branding”.  Tepuk dada tanya selera anda.

➜ Adakah anda jenis yang boleh makan ubat dan air akar kayu t(yang pahit atau sebaliknya?  
Jika anda jenis yang tahan untuk merasai kepahitan akar kayu, ini tidak menjadi masalah untuk anda dapatkan set bersalin yang mengandungi akar kayu rebusan.  Jika tidak, cari yang berbentuk kapsul.

➜Situasi anda berpantang 
 Adakah anda bersendirian @ dijaga seseorang @ mengupah seseorang ?  Jika anda berada dalam situasi yang agak sukar untuk menyediakan segala kelengkapan pantang contohnya perlu merebus akar kayu dan sebagainya, saya cadangkan anda menggunakan set bersalin yang mudah untuk diambil tetapi efektif dan boleh membantu anda cergas dan kuat selepas bersalin.  Jika sebaliknya, anda bebas mengambil set bersalin yang agak renyah.

➜ Alahan / alergi kepada ubat 
- Ada individu yang tidak tahan dengan jamu.  Contohnya, mereka akan rasa gatal dan keluar ruam pada seluruh badan.  Jika anda tergolong antara individu seperti ini, sebaiknya cuba elakkan set bersalin yang mengandungi jamu.
Apa jenis set bersalin yang anda beli… ambillah dgn cara yg telah dicadangkan.  Jangan anda beli kemudian menolak atau malas untuk mengambilnya.





Setelah beberapa lama meng'gugel' dan men'survey'2 yang paling penting sekiranya anda bermasalah seperti saya lebih molek kalau tanya pendapat doktor takut2 ubat2 or akar2 kayu yang akan kita ambil akan mengakibatkan alahan yang teruk atau 
mengganggu ubat yang kita makan...

Kalau ikutkan memang la bagus semasa dalam pantang amalkan air rebusan akar kayu atau jamu tu semua...
Lebih afdal orang tua2 kata sebab badan ni nak pakai lama kan..uhuhu...
Tetapi oleh kerana iolls ni mmg bermasalah tokleh nak makan jamu2 ni semua..

so saya pun dengan sepakat decide untuk memilih set bersalin....


tadaaaaaa....






TANAMERA POSTNATAL CARE SET 


saya order online jer uolls...







This is the complete set



Terdapat 11 item dalam box itew....antaranya ialah

11 ITEMS DI DALAM SET BERSALIN TANAMERA
[Harga RM 360 (s) RM 380 (ss) termasuk postage ]


1) Minyak Kelapa Dara 100ml :
 disapu pada faraj dan diminum umpama air selusuh

2) Sabun Mandi Herba 125gm: 
mengurangkan tompok hitam di bahagian pelipat badan

3) Minyak Urut Herba 100ml:
membantu pembuangan angin dan lenguh di badan
4) Air Bunga Lavender 70ml: 
memberikan aroma kesegaran diri
5) Teh Herba 2gm*14 sachet:
memanaskan badan dan melancarkan peredaran darah
6) Scrub Badan Boreh 20gm*4 sachet:
mengurangkan tompok hitam
7) Mandian Herba 10gm*14 sachet: 
menyegarkan badan
8) Pilis 3gm*4 sachet:
mengurangkan rasa mengantuk dan letih
9) Tapel 15gm*14 sachet: menegangkan otot dan kulit kendur di perut
10) Bengkung : menyokong postur badan
11) Herba Pembersih Wanita 10gm*14 sachet:
menyah bau dan penyembuhan luka



haaaaaa...complete kan satu set..ada juga yang sarankan saya beli loose...
Tapi iolls malas la banyak sangat nak kena survey..nanti yang ni kena cari kat tempat lain..bengkung plak kat tempat lain..
poning den...hambikk satu set jer senang...
semua ada, yang menyebabkan iolls tertarik, terpikat, tergoda kau memang dE BOM ialah Minyak Kelapa Dara dan bengkung dia 




memang terbaik lah....

tak sabar nak guna ni....

pLus
set ini tiada penggunaan jamu!!!!

itu yang penting


Menurut testimoni2 daripada pengguna sebelum ini katanya minyak kelapa dara dia sangat excellent
boleh dijadikan  air selusuh dan boleh jugak mengurangkan pengoyakkan luka episiotomi

ishh..ishhh bab tu yang ngeri tuh...seriau mak...


dan yang paling2 penting 

.......................

'retis' pun banyak yang guna set ni uollss....
hahahaha
just kidding...
That's not the point...


Allahu'alam...

yang penting kita berusaha yang terbaik...selebihnya serahkan pada Allah SWT..
Sama2 la kita doa yer...



kalau anda juga berminat

boleh check it out kat sini yer ➜  






3 comments:

  1. bagi saya, tak lengkap rasanya jika set tiada jamu. best pe mkn jamu..

    ReplyDelete
  2. kan...saya plak alah pada jamu2 sebab saya makan ubat jantung so doktor tak berapa benarkan ambik2 jamu ni..huhu

    ReplyDelete
  3. shaklee mahal sgt...

    ReplyDelete