Terjemahan Al-Quran

Welcome to my humble Gugu-Gaga Blog



Friday, December 7, 2012

Me, Pregnancy and My Heart - part 3


Kesian uolls yer berabad menunggu sambungan me, my heart and my pregnancy ni yer..Sorry la uolls, iolls semenjak dua menjak ni tetiba hilang mood mengarang..hupdate entry pun copy-paste punyer jer...huhuhu

2 entry mengenai perkongsian kisah silam... 
ecehhh!! 
silam la sangat....
Habis semua almari kisah hidup saya di selongkar. Tapi iolls tak kisah..
Sharing is caring uolls...

Allah memang mempunyai perancangan yang terhebat buat saya
8 bulan selepas Major Operation kedua saya menggantikan injapyang rosak semula..
Saya bertemu jodoh, eh bukan dengan orang lain yer...
takut uolls ingat bertemu jodoh dengan orang lain plak..
dengan Incik Tonang saya tu la...

Walaupun banyak halangan dan rintangan yang kami lalui 
termasuk la dia sanggup tunggu saya selama 6 tahun...
On/Off relationship..
Tapi, jodoh , ajal-maut semua telah Allah tentukan sejak azali lagi...

Alhamdulillah kami selamat di Ijab-kabul kan di sebuah majlis yang serba sederhana di rumah nenek kesayangan saya...Saya kan cucu kesayangan haruslah buat di rumah neneak yer..ekeke

Jom nak share sikit gambar-gambar Majlis tunang/nikah dan kenduri..

 

Ni gambar masa bertunang..sehari sebelum Majlis kenduri

 
  
Gambar Majlis akad Nikah.. Rumah nenek saya 


Akad Nikah malam sebelum  majlis kenduri-kendara 

 

Hari Kejadian....


Cukup lah tu, tak yah banyak-banyak yer...hehehe malu den...



Kuasa Allah mengatasi segalan nya... 
Kun Faya Kun
 Dua bulan selepas bernikah saya di sahkan hamil  6 minggu
perasaan masa tu hanya Allah sahaja yang tahu..betapa gembiranya saya dan suami. 
Syukur Alhamdulillah


Kalau uolls ingat entry 
doktor beritahu kemungkinan saya tidak boleh mengandung..

Pernah terlintans difikiran saya suatu ketika dahulu

Sekiranya suatu hari saya berkahwin dan memang tlah ditakdirkan bahawa saya tidak boleh mengandung, (perkara ni juga saya pernah bincangkan dengan tunang saya ketika itu) kami mungkin akan mengambil anak angkat, tunang saya juga bersetuju.

 Tapi apakah yang dapat mengatasi kuasa Pencipta.



Dan apabila saya disahkan hamil, macam biasa la berbakul2 nasihat
yang saya terima masa buat buku Merah di Kelinik Kesihatan.
Saya cuma mengangguk tanda faham...

Apabila kandungan saya mencecah 9 minggu saya tiba-tiba di serang SVT dan terpaksa dikejarkan ke Hospital
Nak tau tak SVT tu apa???

Supraventricular tachydcardia (SVT) is any rapid heart rhythm originating at or above the atrioventricular node. Supraventricular tachycardias can be contrasted with the potentially more dangerous ventricular tachycardias - rapid rhythms that originate within the ventricular tissue
In general SVT is caused by one of two separate mechanisms. The first is re-entry, the second is automaticity. SVT due to re-entry (such as AV nodal reentrant tachycardia and atrioventricular reciprocating tachycardia) often presents with an almost immediate onset [1]with sudden increase in heart rate. A person experiencing PSVT may feel the heart rate accelerate from 60 to 200 beats per minute or more. Typically, there is also a sudden reversion to normal rhythm. 
atrial fibrillation. Irregular impulses reaching av node. Only some being transmitted.

- sumber Wikipedia

- Dengan kata lain, secara tiba-tiba jantung saya mengalami kadar denyutan yang terlalu cepat sehingga mencecah 160beats/min


Sebenarnya sebelum ni pun saya pernah alami SVT beberapa kali tapi saya tak pegi hospital sebab dia akan kembali seperti normal beberapa jam selepas itu..

Tapi kali ni..sebab saya fikir saya mengadung dan risaukan kandungan saya
 jadi saya pun decide unutk pergi hospital...


lepas tu apa lagi ...
tersadai la saya kat CCU hospital hampir  sebulan...

Yang saya pelik Doktor tanya saya dengan keadaan marah

" Awak ni kan ada masalah jantung yang kronik, mana surat kebenaran yang mengatakan awak boleh mengandung?"

Doktor sorang lagi plak cakap

" Awak ni tak sayang baby ke, dah la awak mengandung dengan ambil warfarin, sangat bahaya untuk baby di awal trimester " 

macam2 lagi la yang doktor cakap dengan saya

Allah saja yang tahu perasaan saya masa tu.. Memang saya merancang untuk cuba juga dapatkan baby tapi, kalau Allah tak izinkan takkan berlaku..betul tak???

Saya tekad apa selepas ini apa sahaja yang berlaku saya betul2 Pasrah

3 minggu selepas itu saya ditransfer ke IJN

Doktor IJN yang akan menentukan sama ada kandungan ini selamat untuk diteruskan ataupun tidak
sama ada ia akan membahayakan saya dan baby atau tidak......

Dengan izin Allah...

saya dapat teruskan kandungan...Syukur sangat Ya Allah..

Tapi unutk teruskan kandungan saya terpaksa tukar ubat yang saya makan sekarang daripada 


warfarin tablets kepada........


heparin @ clexane

iaitu ubat suntikan.....

Tujuan diberi clexane ni adalah unutk mengurangkan risiko keguguran atau kecacatan pada janin yang mana penganbilan warfarin boleh menjadi penyebab kecacatan serta keguguran kandungan pada awal kehamilan ( trimester pertama)

setiap hari kena suntik di perut 2 kali sehari sehingga kandungan saya mencecah 16 minggu

Saya sanggup lakukan apa sahaja demi my Precious one....






.............................bersambung lagi














No comments:

Post a Comment