Terjemahan Al-Quran

Welcome to my humble Gugu-Gaga Blog



Saturday, September 22, 2012

Me, pregnancy and my heart - part 1

Salam...

Lama sangat tak update blog rasanya...lama dah tak mengarang dan menulis...(tetiba teringat time sekolah, kena buat karangan) uhuhuhu..tetiba hari ni ada mood untuk menulis dan berkongsi...
Firstly, kesyukuran yang tak terhingga dipanjatkan kepada yang maha esa kerana masih diberi peluang untuk bernafas sehingga ke hari ini.. Juga atas segala nikmat yang diberi...Hari ni saya nak berkonsi sesuatu yang berat skit...boleh tak? Kalau korang sudi baca la....


Alhamdulillah dengan izinNya juga kandungan saya dah masuk 25 minggu...baby dan ibu alhamdulillah setakat ni sihat...
Cuma saya memang sangat cepat letih...Doktor pun nasihatkan supaya bercuti sepanjang kehamilan atau berhenti kerja...


Awal kandungan, dekat sebulan jugak la saya tersadai kat hospital..kerana mendapat beberapa serangan jantung...
Choppp!! Serangan jantung??..surprise!!

Memang saya tak pernah berkongsi kat sini yang saya sebenarnya adalah salah seorang pesakit jantung...Saya merupakan salah seorang pesakit Rheumatic Heart Disease..bahasa mudahnya injap jantung saya mengalami jangkitan kuman semenjak kecik lagi akibat serangan demam Rheumatic..tapi cuma dapat dikesan pada umur 14 tahun...

Operation yang pertama pada 14 April 2001 masa tu saya ditingkatan 4...Operation tu dibuat di IJN bagi menggantikan 2 injap saya yang telah dijangkiti kuman...
Sebelum operation tu doktor dah maklumkan kemungkinan besar saya tak boleh mengandung atau melahirkan...saya juga diberi pilihan sama ada nak ganti dengan injap sintetik/mekanikal atau injap tisu lembu...apa pilihan yang saya ada?

Pro / Cons


1: Injap Sintetik/Mekanikal
* Jangka hayat : seumur hidup 
* kelemahan : 1. bergantung dengan ubat seumur hidup
                      2. Risiko tinggi sekiranya mengandung..


2: Injap tisu lembu
* Jangka hayat : 10 - 15 tahun bergantung pada individu
* kelemahan : 1. Selepas 10- 15 tahun perlu diganti kerana dan terpaksa melakukan operation kedua..
                      2. Operation kedua 50-50
* kelebihan : boleh mengandung dan melahirkan...

Ini adalah kefahaman saya pada waktu itu....

Akhirnya mama yang buatkan keputusan untuk saya...saya ingat lagi mama kata " tak pe lah kita tawakkal jer, mungkin 10-15 tahun lagi ada teknologi baru yang membolehkan saya mengandung " - tentu korang dapat agak kan yang mana satu pilihan mama.....hehehe...bijak..bijakk!!
Saya cuma menurut saja apa jua pilihan mama...ye la masa tu pun saya masih dibawah umur....
Alhamdulillah operation berjalan dengan lancar...dekat tiga bulan jugak la saya cuti sekolah time tu..nasib baik la baru di tingkatan 4...next yearnya baru SPM...
Akhirnya saya boleh menjalani semula hidup seperti rakan2 yang lain yang sebaya dengan saya waktu itu...

Owh sebelum tu saya juga nak berkongsi apa itu Rheumatic Heart Disease dan symptom-symptom...

Rheumatic Heart Disease adalah sejenis penyakit yang mengakibatkan kerosakan kekal pada jantung seseorang berpunca daripada sejenis Demam Rheumatic.

Sejenis bakteria menjangkiti injap jantung seseorang itu yang berpunca daripada sakit tekak / batuk yang membawa kepada demam Rheumatic.
Penyakit ini boleh berlaku pada semua peringkat usia walaubagaimana pun ia biasanya menjangkiti kanak-kanak dan remaja pada usia 5 hingga 15 tahun.


Symptom - symptom

- terdapat tanda kemerah-merahan seperti ruam biasanya tumbuh  di bahagian dada, belakang atau abdomen.

- kegagalan mengawal pergerakan tangan, kaki atau otot muka.
-  Sakit sendi-sendi kemerahan, membengkak.
- Sering sakit perut
- berasa cepat letih
- nafas pendek / kesukaran bernafas
- kehilangan berat badan yang mendadak
- demam


Untuk info lanjut sini : http://www.disabled-world.com/health/cardiovascular/rheumatic-heart-disease.php
Nasihat saya sekiranya anak2 atau keluarga atau saudara mara korang mengalami symptom2 seperti diatas segeralah berjumpa doktor...
** walaubagaimana pun setiap orang akan mengalami symptom yang berbeza...
Tolong alert sekiranya anak2, saudara mara atau ahli keluarga terutamanya kanak2 mengalami batuk / sakit tekak atau demam...
Bak kata omputih...
  "PREVENT IS BETTER THAN CURE"....

Saya rasa sampai sini je la dulu saya beceloteh....
Dah nak masuk maghrib....kita solat dulu ye kawan2.....

TIADA PANGGILAN SEPENTING PANGGILAN ILLAHI!!!! Cewah jadi ostazah plak.....
Lepas maghrib insya'llah saya sambung al -kisahnya.....tungguuuu

No comments:

Post a Comment