Terjemahan Al-Quran

Welcome to my humble Gugu-Gaga Blog



Monday, December 6, 2010

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Maknanya :
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara
dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam
ke atas junjungan kami Nabi Muhammad
Shallallahu 'Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda
dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah
melakukan laranganMu tetapi aku masih belum
bertaubat sedangkan Engkau tidak redha dan melupai
perkara itu.
Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu,
ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini
yang Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya dzaljalali wal ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami
Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam serta ahli keluarga
baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amiin... Amiin... Amiin...


DOA AWAL TAHUN HIJRAH
Maknanya :
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara
dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam
ke atas junjungan kami Nabi Muhammad
Shallallahu 'Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda
dan para sahabatnya.

Ya Alllah, Engkaulah yang kekal abadi untuk
selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang
Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah,
sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu
perlindungan daripada syaitan yang direjam,
dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya.
Aku juga memohon perlindungan dari nafsu
amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan
dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah
daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami
Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam.
Segala puji hanya bagi Allah,
tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amiin... Amiin... Amiin...

-------------------------------------------


Perbaikilah diri kita daripada yang buruk
kepada yang lebih baik, semoga kita menjadi
insan yang bertaqwa dan selamat di dunia wal akhirah..
Amiin Ya Rabbal 'Alamiin.

Sumber : NuurSYifa



Friday, December 3, 2010

Holla deary,

Just wanted to share out with you guys

this article....

mana la tau ada kena mengena sikit2 dengan kita2 yang masih solo or single nih..

hehehe...

yang da kawin pun boleh baca gak article nih....

may be uollss boleh share plak dengan saudara -mara or sibling yang single mingle tuh..


hehehhe


enjoy reading.....


Kenapa Perempuan Masih Single ?

“Kenapa perempuan masih lagi single even umur dah meningkat?”...


Paras rupa

Memang tidak dinafikan paras rupa memang perkara yang penting. Kebanyakkan lelaki akan melihat paras rupa terlebih dahulu. Sekiranya perempuan itu mempunyai paras rupa yang menawan dan menarik, takkan tiada lelaki yang terpikatkan? Jangan sesekali anda merasakan anda tidak cantik, semua orang cantik. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan dia. Ingat, setiap kita adalah unik!


Penampilan diri

Even paras rupa menjadi point utama bagi seseorang lelaki, penampilan diri turut memainkan peranan yang penting. Sekiranya anda mempunyai paras rupa yang menarik tetapi memakai pakaian yang selekeh, pakai baju macam sekadar ada je, siapa la yang akan tertarik untuk berkenalan lebih rapat dengan awak. Jaga penampilan anda dengan memakai pakaian yang bersesuaian mengikut keadaan dan suasana. Tunjukkan yang awak ini feminin.


Tutur bahasa dan adab sopan

Ni lagi satu pointnya. Perempuan timur terkenal dengan adab sopan dan tutur bahasanya. Tetapi ada juga yang tidak sebegini. Ada perempuan yang main cakap lepas sahaja seperti lelaki pula lagaknya. Mana lelaki yang tak terkejut kalau perempuan cakap perkara-perkara yang tak sepatutnya. Sudah tentu ianya akan menurunkan saham perempuan itu. Lagipun, kan manis dan ayu kalau perempuan menjaga tutur kata dan adab sopan. Ayu, ayu gitu. Mesti ada yang terpikat nanti. ;))


Tidak yakin pada diri sendiri

Perempuan yang masih single sampai sekarang ini selalunya mereka tidak yakin pada diri sendiri. Mereka rasakan mereka tidak layak untuk lelaki itu. Mereka fikirkan tiada siapa yang nak kan mereka. Siapa kata? Setiap seorang telah dijadikan berpasang-pasangan. Cuma cepat dan lambat je. Yang penting kena yakin pada diri sendiri. Even sebagaimana besarnya badan seseorang perempuan itu, tidak bermaksud dia tidak akan berkahwin. Even sebagaimana kurangnya anggota badan dia, tidak bermaksud tiada jodoh bagi dirinya. Yakinlah pada diri sendiri kerana anda merupakan seorang yang hebat.


Serik untuk berkapel

Mungkin pengalaman silam telah menyebabkan anda serik untuk bercinta. Serik untuk mempunyai pasangan di usia sekarang ini. Memang tak dinafikan, pengalaman putus cinta merupakan pengalaman yang memedihkan. Tiada siapa yang akan berasa gembira bila dia ditinggalkan oleh kekasih yang disayang setiap masa. Untuk itu, anda perlu mengumpul semula semangat anda. Jangan ingat, anda telah putus cinta bermakna tiada hari esok untuk anda. Pupuk semangat dan kuatkan motivasi diri anda. Gunakan Tentang Cinta sebagai contohnya. Kongsikan pengalaman anda dan lihatlah, anda bukan seorang di dunia ini. Ada ramai lagi rakan-rakan yang sudi membantu anda. :D


Notes : Diharapkan dengan tips-tips di atas dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam mengetahui bagaimana untuk keluar dari persoalan ini. Semoga anda mendapat seorang jejaka yang dapat menyayangi dan menjaga anda sehingga ke hujung hayat..

pesanan ini juga sebenarnya di tujukan kepada tuan punya blog...huhuhu





i am back ya'll....


Salam all,

first of all a thousand apology

to all my frens n readers for not update this blog for a decade...

macam biasa la, sindrom kemalasan yang teruk melanda..huhuhu

no la, selebihnya

i am quite busy for this half a year..busy dengan lifestyle yang tiba2 berubah..

busy dengan politic ( i pun tak tau macam mana tiba2 i boleh involved dengan politics)

fuhhh

with my nu start up business , even own my life...


dalam masa setengah tahun ni..macam2 berlaku.. perkara sedih , gembira dan macam2 la..

bak kate mak wan Astro "macam-macam ado" ..hehehe

but honestly..i miss uolls sumer my blogger friends even my silent reader...


so....


start from today....

saya akan kembali berblog...................


hehehe...

shuke tak?? shuke tak????

hrmmm tau dah...kehkehkeh


sebelum tu..

nak sidai sikit muke terbaru

tuan punya blog...

ai tau uolss mesti windu gler

dengan ai...kan..kan..kan

waaaaaaaaa...

yelah...

...

....


.....


tadaaaaa....




hokeh puas da???

hilang winduuu?????

hehehe

sabar eh...

saje jer tunjuk cp2 jer dulu eh...

next entry

baru letak gambar tuan tanah ni manyak2 sikit eh..


wiwiwiwi...

sekian dulu berita melaporkan...

jumpe di next entry...





adios@@@