Terjemahan Al-Quran

Welcome to my humble Gugu-Gaga Blog



Tuesday, March 29, 2011

3 Langkah Bagaimana Menjadi Wanita Berfikiran Positif Setiap Hari


As-Salam
Berfikiran positif merupakan terapi kepada minda..menurut kajian didalam 'The Secret' oleh penulis Rhonda Bynes

"Like Attracts Like! Like Attracts Like is nothing more than the Law of Attraction. It is absolute and has nothing to do with your personality, your religious beliefs, being a "good" or a "bad" person or anything else. No one lives beyond this Law. It is an unquestionable law of the universe."


melalui penulisan beliau mengenai "Law of attraction" boleh disimpulkan disini bahawa sekiranya kita berfikiran positif maka kita akan manarik semua getaran positif disekitar kita...
Kali ini DS ingin berkongsi bagaimana unutuk memupuk diri kita sebagai Wanita yang positif dalam menjalani kehidupan seharian...
ini adalah kerana wanita berfikiran positif adalah wanita bersemangat, berinspirasi, mendahulukan Tuhan dalam setiap perkara, bersangka baik dengan masalah serta senang didampingi sesiapa saja. Berikut adalah 3 langkah asas bagaimana menjadi wanita berfikiran positif setiap hari.


Langkah 1: Bersangka Baik Dengan Situasi Buruk.

Masalah, cabaran dan situasi buruk tetap akan datang dari berbagai arah. Anda tak boleh elak, tak boleh sembunyi, tak boleh lari. Untuk menjadi wanita berfikiran positif, anggap masalah sebagai sebagai peluang untuk memajukan diri. Anggap cabaran sebagai peluang untuk Anda mendiskaver kekuatan serta bakat Anda. Jadikan situasi buruk sebagai peluang untuk Anda memperbaiki diri menjadi orang baru, memperbaiki pemikiran dan memperbaiki tindakan.

Langkah 2: Memaafkan Kesalahan Orang Lain Sebelum Anda Tidur.

Ego, sikap panas baran serta kesombongan membuat Anda sukar memaafkan. Oleh kerana itu, fikiran pun terbentuk penjadi fikiran negatif. Turunkan ego Anda, buang sikap panas baran, buang kesombongan. Jadilah seorang pemaaf. Maafkan kesalahan orang lain yang Anda tak puas hati dari sebesar-besar kesalahan hinggalah ke sekecil-kecil kesalahan. Amalkan memaafkan kesalahan semua orang pada Anda dari dulu sampai sekarang. Bila bangun keesokan paginya, Anda akan rasa ‘feel good’. Anda akan jadi bersemangat.

Langkah 3: Biar Anda Kuasai Emosi,Bukan Emosi Kuasai Anda.

Wanita sinonim dengan air mata kerana emosi wanita amat sensitif. Nak menjadi wanita berfikiran positif Anda perlu tabah serta mahir mengawal emosi. Dalam apa jua perkara, kawal emosi Anda. Anda boleh berlatih mengawal emosi dengan bertenang selalu, be in control, pamerkan air muka yang tenang serta amalkan meditasi ringkas (duduk diam, tenangkan fikiran) selepas selesai sembahyang. Meditasi ringkas di iringi zikir-zikir Asmaul Husna membuat Anda mahir mengawal emosi. Lama kelamaan Anda akan mahir menahan marah, menahan tekanan,sentiasa tenang.

Sunday, March 20, 2011

Kesan-kesan Jika Terkena Radiasi Nuklear




Selepas berlakunya gempa bumi yang mengakibatkan tsunami yang paling teruk sejak 140 tahun dalam sejarah negara Jepun, kini timbul pula masalah yang kian menghantui para penduduk Jepun iaitu radiasi nuklear. Ini terjadi akibat dari beberapa loji dan reaktor nuklear yang mengalami kerosakan seterusnya mengakibatkan tersebarnya radiasi nuklear yang boleh memberi kesan jangka panjang khususnya kepada penduduk Jepun.

kali ni DS nak share sebuah artikel berkenaan radiasi nuklear. Semoga artikel ini dapat memberi sedikit gambaran kepada anda apakah itu radiasi nuklear dan bagaimana kesannya kepada seseorang individu untuk jangka masa pendek dan panjang.

Bencana di Jepun mencetuskan kebocoran loji nuklear seperti yang terjadi di Chernobyl tahun 1986.Kesannya bermacam-macam,ada yang boleh dirasakan seketika dan ada yang tidak diketahui hingga bertahun-tahun.



Kebocoran loji nuklear terburuk dalam sejarah terjadi di Chernobyl,Ukraina pada April 1986.Selain memberikan kesan ribuan penduduk sekitar lokasi kejadian,kesan kesihatan masih dirasakan mangsa hingga bertahun-tahun,misalnya kanser,gangguan kardiovaskular dan bahkan kematian.

Secara alami, tubuh manusia memiliki mekanisme untuk melindungi diri dari kerosakkan sel akibat radiasi mahupun pejanan zat kimia berbahaya lainnya.Namun seperti dikutip dari Foxnews,radiasi pada tingkatan tertentu tidak boleh dikawal oleh tubuh dengan mekanisme tersebut.



Editor kesihatan dari Foxnews Health, Dr Manny Alvarez mengatakan ada 3 faktor yang mempengaruhi kesan radiasi nuklear.Ketiga faktor tersebut akan menentukan kesan apa yang akan dirasakan mangsa.Sinaran yang tinggi mencetuskan kesan sementara yang boleh diketahui,sementara kesan radiasi yang tidak disedari boleh mencetuskan kesan jangka panjang yang biasanya lebih berbahaya.

Kesan sementara atau jangka pendik akibat radiasi tinggi di sekitar loji nuklear antara lain sebagai berikut:

1. Mual muntah
2. Diare
3. Sakit kepala
4. Demam.

Sementara itu,kesan yang baru muncul setelah terdedah kepada radiasi nuklear selama beberapa hari di antaranya adalah sebagai berikut:

1. Pening kepala,mata berpinar-pinar
2. Kecelaruan atau bingung menentukan arah
3. Lemah, letih dan kelihatan lesu
4. rambut gugur dan kebotakan
5. Muntah darah atau buang air besar mengeluarkan darah
6. Tekanan darah rendah
7. Luka susah sembuh.

Kesan kronik atau jangka panjang dari radiasi nuklear oleh tingkat radiasi yang rendah sehingga tidak disedari dan tidak diketahui hingga bertahun-tahun.

Berikut adalah kesan radiasi nuklear jangka panjang..

1. Kanser
2. Penuaan awal
3. Gangguan sistem saraf dan pembiakan
4. Mutasi genetik.