Terjemahan Al-Quran

Welcome to my humble Gugu-Gaga Blog



Sunday, March 20, 2011

Kesan-kesan Jika Terkena Radiasi Nuklear




Selepas berlakunya gempa bumi yang mengakibatkan tsunami yang paling teruk sejak 140 tahun dalam sejarah negara Jepun, kini timbul pula masalah yang kian menghantui para penduduk Jepun iaitu radiasi nuklear. Ini terjadi akibat dari beberapa loji dan reaktor nuklear yang mengalami kerosakan seterusnya mengakibatkan tersebarnya radiasi nuklear yang boleh memberi kesan jangka panjang khususnya kepada penduduk Jepun.

kali ni DS nak share sebuah artikel berkenaan radiasi nuklear. Semoga artikel ini dapat memberi sedikit gambaran kepada anda apakah itu radiasi nuklear dan bagaimana kesannya kepada seseorang individu untuk jangka masa pendek dan panjang.

Bencana di Jepun mencetuskan kebocoran loji nuklear seperti yang terjadi di Chernobyl tahun 1986.Kesannya bermacam-macam,ada yang boleh dirasakan seketika dan ada yang tidak diketahui hingga bertahun-tahun.



Kebocoran loji nuklear terburuk dalam sejarah terjadi di Chernobyl,Ukraina pada April 1986.Selain memberikan kesan ribuan penduduk sekitar lokasi kejadian,kesan kesihatan masih dirasakan mangsa hingga bertahun-tahun,misalnya kanser,gangguan kardiovaskular dan bahkan kematian.

Secara alami, tubuh manusia memiliki mekanisme untuk melindungi diri dari kerosakkan sel akibat radiasi mahupun pejanan zat kimia berbahaya lainnya.Namun seperti dikutip dari Foxnews,radiasi pada tingkatan tertentu tidak boleh dikawal oleh tubuh dengan mekanisme tersebut.



Editor kesihatan dari Foxnews Health, Dr Manny Alvarez mengatakan ada 3 faktor yang mempengaruhi kesan radiasi nuklear.Ketiga faktor tersebut akan menentukan kesan apa yang akan dirasakan mangsa.Sinaran yang tinggi mencetuskan kesan sementara yang boleh diketahui,sementara kesan radiasi yang tidak disedari boleh mencetuskan kesan jangka panjang yang biasanya lebih berbahaya.

Kesan sementara atau jangka pendik akibat radiasi tinggi di sekitar loji nuklear antara lain sebagai berikut:

1. Mual muntah
2. Diare
3. Sakit kepala
4. Demam.

Sementara itu,kesan yang baru muncul setelah terdedah kepada radiasi nuklear selama beberapa hari di antaranya adalah sebagai berikut:

1. Pening kepala,mata berpinar-pinar
2. Kecelaruan atau bingung menentukan arah
3. Lemah, letih dan kelihatan lesu
4. rambut gugur dan kebotakan
5. Muntah darah atau buang air besar mengeluarkan darah
6. Tekanan darah rendah
7. Luka susah sembuh.

Kesan kronik atau jangka panjang dari radiasi nuklear oleh tingkat radiasi yang rendah sehingga tidak disedari dan tidak diketahui hingga bertahun-tahun.

Berikut adalah kesan radiasi nuklear jangka panjang..

1. Kanser
2. Penuaan awal
3. Gangguan sistem saraf dan pembiakan
4. Mutasi genetik.

No comments:

Post a Comment