Terjemahan Al-Quran

Welcome to my humble Gugu-Gaga Blog



Saturday, December 15, 2012

Perkembangan Terbaru!!!!!

Good Morning beautiful people in my life...
Wahh sekejap jer dah jumpa,weekend balik kan...
Tu bagu orang2 yang busy...hari yang berlalu tak terasa pun kan....
Especially bagi mommies2 comel semua..sekejap jer rasa si comel anda membesar kan....
Bagi mommies to be plak...mungkin tak terasa 2-3 bulan lagi dah nak due...tak sabar rasanya kan....
Same goes with me...yang sebenarnya penantian satu penyiksaan bagi saya....waaaaaaaaaa
Why? Meh nak story skit sbb saya dapat beberapa soalan di inbox oleh reader2 dan rakan2 yang prihatin yang bertanya saya dah deliver ke belum...Terima kasuh sayangsss semua ambik berat pasal mak ni...
Sebenarnya saya belum boleh deliver lagi..buat masa ni saya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Obstetrik (HDW) HMKL lebih kurang macam icu kat Maternity Hospital ni.. hari merupakan hari ke - 5. saya disini..
Reason i'm here sebab doktor perlu tukar ubat yang saya makan sebelum ni iaitu Warfarin tablet kepada Heparin Infusion... diorg dari spesis ubat yang sama la iaity ubat pencair darah, cumanya sifat serta kesan tindak balasnya yang berbeza...untuk mengurangkan risiko pendarahan semasa proses deliver..
Plan doktor untuk beri heparin infusion pada saya selama 1 minggu sehingga kandungan saya mencecah 38 weeks then baru boleh deliver.. Method of delivery : Induction on Labour....maksudnya saya boleh bersalin normal la dengan induce pada 20 / 12/12...
Tapi itu perancangan doktor..Perancangan Allah pula kita tak tahu...Allahu'alam..
Oleh kerana saya diberi infusion heparin maka darah saya akan diambil 6 jam sekali untuk dimonitor ..selain tak boleh bergerak pi mana2...
Sakitnya Allah je la yang tau...
Mungkin ada sebab mengapa kita sentiasa diuji.
Saya sentiasa berdoa agar saya sentiasa redha di atas setiap apa yang berlaku...kerana saya yakin Allah tau apa yang terbaik untuk saya...
Mommies semua doakan segalanya dipermudahkan yer..doakan juga untuk keselamatan saya da baby...
Setakat ni je la update saya tuk kalini....
Perkembangan selanjutnya saya akan update lagi...
Terima kasih kerana sudi membaca, bukan niat saya untuk meminta simpati tapi sekadar berkongsi dengan anda semua..
P.S : Sory yer uolls gambar semua terbalik..tak faham la mak mcm mana nak hupdate pakai tablet ni...layan je la eh...
XOXO
-dianasuhaileen





No comments:

Post a Comment