Terjemahan Al-Quran

Welcome to my humble Gugu-Gaga Blog



Thursday, October 9, 2014

APA ITU BV ALFALFA


Apakah itu Alfalfa?

Alfalfa adalah tumbuhan berbunga dalam kumpulan kekacang yang hidup antara empat hingga lapan tahun tetapi boleh menjangkau sehingga 20 tahun, bergantung kepada jenis baka dan cuaca. Tumbuhan berbunga kecil berwarna ungu ini boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter. Alfalfa mempunyai akar yang sangat panjang dengan sistem akar yang berselirat sehingga menjangkau 15 meter yang menjadikan alfalfa begitu hebat dalam menyerap mineral dan vitamin yang berada jauh di dalam tanah yang sukar dicapai oleh tumbuhan biasa yang lain. Selain itu, akarnya yang panjang dan berselirat menjadikan ia mampu bertahan semasa kemarau.

Khasiat Alfalfa?
Alfalfa secara semula jadi kaya dengan mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi serta lain-lain mineral penting dan vitamin termasuklah vitamin A, D, E, K di samping mengandungi semua kumpulan vitamin B, biotin, asid folik, potasium dan lain-lain. Selain itu, alfalfa kering sangat kaya dengan protein.

Perkataan alfalfa berasal daripada bahasa Arab dengan suku kata al-fak-fakah, yang bermaksud "Bapa semua makanan" kerana ia sangat kaya dengan mineral penting yang menjadikan alfalfa  makanan tambahan yang sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia.

Herba alfalfa dipercayai mempunyai keistimewaan yang boleh mengurangkan tahap kolestrol kerana memiliki khasiat pelbagai vitamin dan mineral penting. Herba alfalfa juga sangat berkesan dalam menyahtoksid dan membersihkan darah dan seterusnya memulih serta memperbaharui sel-sel badan. Hasilnya, pengambilan alfalfa secara tetap boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan menyeimbangkan hormon. Sekiranya diamalkan secara berterusan, alfalfa dapat bertindak sebagai alternatif kepada ubat sakit kepala ataupun migrain kerana kandungannya yang tinggi kalsium dan magnesium.

Antara Mineral penting yg terdapat dalam Alfalfa Concentrated

    KALSIUM - membina dan mengimbangi tulang dan gigi, membantu mencairkan darah(darah pekat), membantu sistem ketahanan badan, menstabilkan denyutan nadi dan juga saraf.
    IRON - membekalkan hemoglobin dan membantu membawa oksigen dalam darah.
    POTASSIUM - diperlukan oleh tubuh badan untuk menormalkan denyutan jantung, otot,saraf dan tindak balas enzim serta percernaan lemak
    CLORIN - mencuci serta menyegarkan badan, merendahkan tahap gula dan kanji dalam metabolisma badan.
    SODIUM - menstabilkan asid di dalam badan, menghalang darah beku/pekat, mengaktifkan limpa; organ yang membantu penghadaman dan pembersihan darah.
    FOSFORUS - diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat,  membaiki nutrisi yang melibatkan tisu saraf serta tindak balas yang berkaitan kalsium dan Vitamin D.
    MAGNESIUM - membantu mereka mereka yang menglami masalah sembelit(sukar buang air besar),menstabilkan saraf, melindungi kulit dan badan serta meransang perkembangan otak.

Keistimewaan Alfalfa Concentrated?
1) Menyahtoksid
Bahan beracun dan toksid berlegar di sekeliling kita. Badan kita juga mengeluarkan sisa metabolisme yang perlu dineutralkan dan dinyahtoksid setiap hari. Alfalfa membantu mengeluarkan sisa bahan beracun dan tercemar daripada badan.

2) Menggalakkan sistem penghadaman yang baik
Alfalfa mengandungi sejenis enzim pencernaan yang dipanggil betaine yang membantu menggalakkan proses pencernaan yang baik.

3) Mengalkalikan badan
Tubuh badan berasid adalah umpama magnet yang menarik penyakit. Alfalfa membantu  meneutralkan keasidan badan di samping sifat alkali semulajadinya untuk mencegah atau membantu mengurangkan masalah kesihatan.

4) Menghilangkan bau nafas
Alfalfa mengandungi khasiat yang boleh mencegah masalah nafas dan badan berbau yang diakibatkan oleh masalah penghadaman. Seterusnya, ia membantu meningkatkan fungsi imuniti badan.

5) Mengurangkan haba badan yang berlebihan
Sesetengah makanan menyebabkan badan berasa panas. Salah satu kegunaan Alfalfa yang paling popular adalah untuk mengurangkan masalah panas badan.

6) Menambahkan darah dan menyampaikan lebih banyak oksigen penting
Klorofil iaitu pigmen hijau yang terdapat dalam alfalfa adalah hampir sama dengan hemoglobin, pigmen merah dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Khasiat klorofil dalam alfalfa boleh meningkatkan bilangan sel-sel darah merah di dalam badan dan seterusnya  meningkatkan keupayaan membawa oksigen yang diperlukan oleh sistem badan.

20 jenis penyakit yg boleh diatasi dgn Alfalfa Concentrated

1) Kolestrol dalam darah
2) Strok dan jantung
3) Diabetes
4) Edema - pengumpulan air dalam badan
5) Melambatkan menopous
6) Arthritis
7) Senggugut
8) Keputihan melampau
9) Resdung, ezcema, alergik
10) Asma dan lain2 masalah pernafasan
11) Sembelit
12) Menyahtoksid dalam tubuh
13) Ulser
14) Kelesuan dan mengantuk
15) Sinus dan hidung sensitif
16) Kesakitan otot dan sendi
17) Kanser Prostat
18) Masalah pundi kencing, kencing kotor
19) Gastrik dan gangguan hati
20) Masalah seksual suami isteri

Cara Penyediaan Alfalfa Concentrated ?
Campurkan 1 hingga 2 sudu besar Alfalfa Concentrated ke dalam 200ml gelas air dan minum 3 kali sehari.

KKM : 1125386010

Harga : RM 78 sebotol / 500ml

Nota :

1) 1 sudu Alfalfa Concentrated bersamaan 1 kg sayur. So, sangat sesuai bg mereka yang tak suka dan tak makan sayur. Terutamanya kanak-kanak ;)

2) Ibu bapa boleh menyediakan sebotol air minum yang di campurkan dengan Alfalfa Concentrated dan berikan pada anak anda untuk di bawa ke sekolah. Ianya dapat memberikan tenaga dan mineral yang baik pada anak anda di samping membuatkan mereka sentiasa cergas dan fokus dalam pembelajaran di sekolah

3) Anda juga harus mencubanya dan bawa ke pejabat ;) Rasa sekali pasti nak lagi 👍👍

Saturday, December 21, 2013

Happy 1 year old my Super Baby.

21/12/12- seawal 6 pagi nurse dah kejutkan ibu, dah 2 minggu ibu tersadai kat hospital ni, sbb doktor nak monitor PT darah ibu.setiap 6 jam darah ibu akan diambil..Allah..dah takde tmpt nk cucuk sampai kat urat kaki n peha pn diorang ambik darah ibu, sakitnya tak payah cakap la.Hari ni ibu akan di induce sekali lagi..kalau bukaan masih sama sehingga jam 12 tgh hari,then doktor suruh stand by untuk emergency operation.
Seperti yang dijangka tepat jam 12.30 tgh hari ibu ditolak ke operation room..walaupun ini operation yang ketiga ibu, tapi kali ni debarnya lebih kuat ditambah dgn sakit contraction..Allah je la yg tau perasaan dan kesakitan yang ibu tanggung masa tu. Sampai menggeletar ibu menahan sakit bila doktor cuba nak masukkan something macam wire dalam urat tangan ibu..ibu pn tak pasti untuk apa. Lepas tu ibu diberi ubat bius jenis gas.
Tepat jam 2.37!ptg lahirlah Super baby ibu seberat 2.77 kg.. a sweet little baby boy we named RAYYAN ADAM B. ROSSUHAILI. Ianya satu pengalam yang paling berharga yang takkan ibu lupakan sampai bila-bila.
Subhanallah..Alhamdulillah..ALLAHUAKHBAR!!!
21/12/13-  Rasanya baru semalam ibu bertarung nyawa melahirkan RAYYAN ADAM.Hari ni anak ibu dah genap setahun . Alhamdulillah Rayyan Adam anak yang aktif dan cepat belajar. Pertumbuhannya juga agak cepat jika dibanding kanak2 lelaki seusinya. Allah juga beri kemudahan pada ibu bilamana sejak dari dalam kandungan lagi Rayyan Adam tak banyak ragam dan karenah. Rayyan Adam anak yang baik.
Happy 1 year old anak ibu sayang, semoga anak ibu membesar dengan baik, jadi anak yang soleh, taat pada kedua ibu bapa taat pada perintah Allah. Menjadi anak yang berguna pada Agama, Bangsa dan Negara. Rayyan Adam lah harta ibu dan ayah dunia dan akhirat.
Terima kasih Allah, kerana mengizinkan anak ini menemaniku didunia dan juga di akhhirat..Aamin in sha Allah.

Tuesday, March 19, 2013

Doa Perlindungan Anak

Salam..
hari ni nak share doa perlindungan anak..baca dan hembuskan pada anak.
Allahualam...


Sunday, January 6, 2013

Anugerah Terindah

Alhamdulillah dengan izin Allah, saya selamat melahirkan bayi lelaki pada petang Jumaat yang barakah bersamaan 21/12/2012 jam 2.37 ptg.. Baby boy seberat 2.77 kg ini diberi nama Rayyan Adam b. Rossuhaili. Terima kasih Allah atas augerah yang terindah ini.ツ

Selamat Berpantang buat diri sendiri...huhu

Sent from Samsung tablet

Monday, December 17, 2012

Kifarah dosa

Setiap kesakitan/kesulitan merupakan kifarah dosa yang lalu..bersyukurlah masih diberi peringatan sebelum kematian menjemput...Allahua'alam..




Sent from Samsung tablet

Sunday, December 16, 2012

Doa ketika sakit



Untuk panduan dan amalan bersama..

Sent from Samsung tablet

Saturday, December 15, 2012

Perkembangan Terbaru!!!!!

Good Morning beautiful people in my life...
Wahh sekejap jer dah jumpa,weekend balik kan...
Tu bagu orang2 yang busy...hari yang berlalu tak terasa pun kan....
Especially bagi mommies2 comel semua..sekejap jer rasa si comel anda membesar kan....
Bagi mommies to be plak...mungkin tak terasa 2-3 bulan lagi dah nak due...tak sabar rasanya kan....
Same goes with me...yang sebenarnya penantian satu penyiksaan bagi saya....waaaaaaaaaa
Why? Meh nak story skit sbb saya dapat beberapa soalan di inbox oleh reader2 dan rakan2 yang prihatin yang bertanya saya dah deliver ke belum...Terima kasuh sayangsss semua ambik berat pasal mak ni...
Sebenarnya saya belum boleh deliver lagi..buat masa ni saya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Obstetrik (HDW) HMKL lebih kurang macam icu kat Maternity Hospital ni.. hari merupakan hari ke - 5. saya disini..
Reason i'm here sebab doktor perlu tukar ubat yang saya makan sebelum ni iaitu Warfarin tablet kepada Heparin Infusion... diorg dari spesis ubat yang sama la iaity ubat pencair darah, cumanya sifat serta kesan tindak balasnya yang berbeza...untuk mengurangkan risiko pendarahan semasa proses deliver..
Plan doktor untuk beri heparin infusion pada saya selama 1 minggu sehingga kandungan saya mencecah 38 weeks then baru boleh deliver.. Method of delivery : Induction on Labour....maksudnya saya boleh bersalin normal la dengan induce pada 20 / 12/12...
Tapi itu perancangan doktor..Perancangan Allah pula kita tak tahu...Allahu'alam..
Oleh kerana saya diberi infusion heparin maka darah saya akan diambil 6 jam sekali untuk dimonitor ..selain tak boleh bergerak pi mana2...
Sakitnya Allah je la yang tau...
Mungkin ada sebab mengapa kita sentiasa diuji.
Saya sentiasa berdoa agar saya sentiasa redha di atas setiap apa yang berlaku...kerana saya yakin Allah tau apa yang terbaik untuk saya...
Mommies semua doakan segalanya dipermudahkan yer..doakan juga untuk keselamatan saya da baby...
Setakat ni je la update saya tuk kalini....
Perkembangan selanjutnya saya akan update lagi...
Terima kasih kerana sudi membaca, bukan niat saya untuk meminta simpati tapi sekadar berkongsi dengan anda semua..
P.S : Sory yer uolls gambar semua terbalik..tak faham la mak mcm mana nak hupdate pakai tablet ni...layan je la eh...
XOXO
-dianasuhaileen





Monday, December 10, 2012

Arahan Check In!!

Yang sebenar-benarnya entry ni dah duk dalam draft sejak semalam lagi..hehehe
Maksudnya it supposed to publish yesterday..tapi sebab semalam tak sempat..
So cek edit2 buat dia jadi entry hari ni yer..boleyy ?? Cam gitu...layan je la uolls..



                                         ni dia mai dah surat arahan check in hotel 5 bintang uolls...





Tapi hari sebelumnya sempat lagi menyopping barang2 baby...rasa macam ada jer yang tak cukup lagi..sampai my mother bising2..

"La tak habis2 lagi ker shopping barang baby tu..beli barang yang penting jer la dulu"

Tak tau la uolls,saya macam terexcited lebih plak..tapi orang tua2 kata tak elok kalau over excited ni...takut benda buruk akan berlaku...

NAUZUBILLAH HI MIN ZALIK

Minta Allah jauhkan....dan semoga dipermudahkan segala urusan...Aamin

Uolls doakan yang terbaik tuk saya dan baby yer....

Ok la sampai disini jer dulu entry tuk hari ni...
Ni update live dari Maternity Hospital Kuala Lumpur...

What HKL, OMG Diana you nak deliver kat HKL ke?

Yes i am...I have no choice..kenapa, nanti kita story mory yer....

Nanti saya akan update lagi perkembangan terkini berita sensasi....

Till then, Aarioossss



Sent from Samsung tablet

Sunday, December 9, 2012

Checklist Barangan Ibu dan bayi Selepas keluar Hospital..

Salam ..mesti semua tengah tido dengan nyenyak nyer..kan
mana tak nyer dah kul 3.10 pagi koWt..
ibu2 yang terjaga pun mesti sebab nak susukan baby or your baby nangis..kan.. kan...
saya plak tak tau la kenapa tak dapat lelapkan mata malam ni..mungkin sebab saya dah terlelap kul 8 tadi
pastu tengah2 malam terjaga sebab perut ku berghasidah..
pas tu bangun makan la pe lagi...
wat muka comel skit..

hehehe

teringat plak yang saya dah janji dengan uolls nak sambung checklist barangan selepas keluar hospital
terus on lappy..

hihihiih
2-3 hari ni mood memang sangat teruja nak hupdate blog
don't know why...

korang layan je lah yer...


BARANGAN YANG DIPERLUKAN SELEPAS KELUAR HOSPITAL


Berpantang (Untuk Ibu) 

1 Jamu/Set Lepas Bersalin

2 Stokin

3 Baju Sejuk

4 Tungku

5 Selimut

6 Selipar

7 Buku/Majalah

8 Kain Batik

9 Bengkung/Barut

10 Maternity Pad/Pad Biasa

11 Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)

12 Kerusi Toilet (Perlu Kalau Tandas Cangkung di Rumah

13 Minyak Angin/Urut

14 Makanan/Minuman (Air Masak, Susu, Buah-buahan Segar, Ribena, Prune, Biskut,Roti)


Baby Gear ?

1 Baju- Lengan Pendek 8

2 Baju- Lengan Panjang 6

3 Romper 2

4 Seluar- Pendek 8

5 Seluar- Panjang 6

6 Sarung Tangan 5

7 Sarung kaki 5

8 Baby Bip 2

9 Sapu Tangan 3

10 Barut 10

11 Topi



Diapering 

1 Napkin 1 pek

2 Lampin Pakai Buang 2 pek

3 Diaper Wipes 2 pek

4 Safety Pin

5 Changing Mat

6 Nappy Liner

7 Berus Lampin

8 Baldi Untuk Napkin

9 Beg Untuk Diapers

10 Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi



Baby Care & Grooming 


1 Bedak Bayi

2 Losyen Bayi

3 Minyak Bayi (Baby Oil)

4 Tisu

5 Sikat

6 Putik Kapas (Cotton Bud)

7 Pengepit Kuku (Nail Clipper)

8 Nasal Aspirator (untuk selsema)

9 Methylated Spirit – alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh (biasa dibekal oleh pihak 

hospital)

10 Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi)

11 Termometer

12 Vicks

13 Minyak Telon

14 Syringe for Medicine

15 Cotton Balls




Nursering 


1 Selimut

2 Bedding set

3 Play Pen / Katil Bayi

4 Mainan untuk Play Pen / Katil

5 Kelambu

6 Bakul Baju Kotor

7 Bakul Baby (Simpan Baby Gear)

8 Bakul Baby (Simpan Baby Care)


Feeding 


1 Botol saiz S 2

2 Puting Botol Susu 2

3 Bottle Sterilizer

4 Berus Pembersih Botol

5 Penyepit Botol

6 Sterilising Tablet

7 Nipple Cream

8 Nursing Pad Washable 2

9 Nursing Pad Disposal 1 kotak

10 Breast Pump

11 Nursing Pillow

12 Nursing Bra

13 Termos



Travelling 

1 Beg Bayi

2 Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)

3 MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BreastFeed)

4 Infant Carrier


Bathing 

1 Tuala

2 Besen Mandi

3 Syampu

4 Sabun Mandi

5 Span

6 Gayung



Extra

1 Penyangkut Baju Berklip

2 Permainan Bermuzik 

3 Bumbo Seat

4 Baby Gym

5 Stroller / Jogger

6 Penyangkut Kecil (untuk sarungtangan + kaki)

7 Car seat

8 Album

9 Beg Bayi

10 Baby Sling

11 Nursing Cover

12 Nursing Clothes / Wear







Untuk makluman list di atas hanyalah barangan asas cadangan tuan 

tanah sebagai guide list untuk mummy2 yang pertama kali bakal bergelar 

ibu...

Walaubagaimanapun kuantiti barangan serta keperluannya adalah

 termaktub kepada budi 

bicara tuan punya badan...( ceh ayat tak menahan..) 



- Siap taip semua list kul 4.00 a.m mataku semakin kuyu...


GTG










Saturday, December 8, 2012

Checklist barang keperluan ibu dan bayi semasa di Hospital



Salam...Mommies gorjes semua...pada mereka yang sedang menanti saat kelahiran dengan penuh debaran..mesti rasa tidur pun tak lena, mandi pun tak basah...kan..kan..kan
terutamanya yang buat pertama kalinya...termasuklah cik puan tuan tanah sedang membilang hari...


Hari ni hari sabtu,mummy to be semua ada plan masing2 ker?
jom semak checklist barang2 baby apa yang tak de lagi, at least barang2 keperluan untuk dibawa ke Hospital... 
Hari ni incik hubby pong coti..
untung2 dapat ajak dia pi beli barang2 yang tak complete lagi..



Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami 

(PENTING)


 ✔ GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans*

 ✔ Kad merah ibu mengandung*

 ✔ Kad pengenalan ibu dan bapa*

 ✔ Duit*

 ✔ Rekod kesihatan*



Keperluan bayi di hospital(PENTING)

 ✔ Selimut dan tuala untuk bayi*

 ✔ Beberapa helai kain lampin dan sapu tangan*

 ✔ Beberapa helai pampers*

 ✔  3 - 4 helai pakaian baby*

 ✔  Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties*

 ✔ topi baby / cover kepala baby*

 ✔  Bedung/barut baby*

 ✔ Alatan mandian baby*

 ✔ Wet tissue- untuk lap baby*

 ✔ Minyak telon*

 ✔ Baby dipers *




*Keperluan ibu/mama di hospital ( PENTING)


 ✔ Tuala

 ✔ Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, bedak,losyen,syampu)

 ✔ Beberapa pasang stokin

 ✔ Selipar

 ✔ Tuala wanita untuk wanita baru lepas bersalin,

 ✔ Beberapa helai pakaian ibu( pakaian yang longgar)

 ✔ Beberapa helai kain batik

 ✔ Pakaian dalam yang bersesuaian dengan ibu (nursing bra untuk ibu menyusu)

 ✔ sikat, bedak, getah rambut

 ✔ Pum susu ibu @ botol susu

 ✔ Termos air panas, cawan, sudu, mangkuk

 ✔ Minyak angin

 ✔  Beg plastik

 ✔ Makanan- biskut ,air,roti, kismis, kurma

 ✔ Kamera

 ✔ Telefon bimbit

 ✔ Al-quran

 ✔ Air zam zam/air selusuh 

 ✔ Beberapa helai tudung instant/selendang( depends pada yang nak pakai tudung atau tak 

masa kat hospital, saya insyaALLAH)

 ✔ Majalah/buku2 ilmiah

 ✘  Nursing Pillow







Nampaknya barang2 yang nak dibawa pergi ke hospital ibu dan baby dah almost complete
except
nursing pillow....

Halamak nak kena pi cari nih...sebab saya teringat masa awal pregnancy dulu
time tu saya kena admit ward ada kakak tu bagitau
kalau deliver di Gomen Hospital , most of them adalah 
Hospital rakan bayi
means mereka sangat menggalakkan penyusuan susu ibu rather then susu formula..
so 
selepas delivery mereka seboleh mugkin akan membiarkan bayi anda bersama anda
untuk disusukan..walaupun susu kebanyakan orang time tu belum keluar...
(biasanya 2-3 hari baru keluar kan bagi ibu yang pertama kali bersalin)


Tak kira la baby you nangis ke hapa ke sebab tak dapat susu
nurse tetap tidak akan benarkan anda berikan susu formula..
unless
kalau baby da dehydrated atau pun kandungan gula dalam badan dah menurun...
diorang akan suruh si ibu ni gantung baby kat breast untuk di breast feedkan
sampai la susu keluar..


Kesian saya tengok akak sebelah saya masa tu sebab baby dia asyik nangis jer
susu dia tak kuar2...sampai lenguh2 tangan dia try breast feed baby..

Maka dengan itu saya berpendapat
yang Nursing Pillow ni juga penting



tengok kan senang nak BF baby ada support...
tak de la lenguh tangan hehe...







WOkeh now getting ready nak kluar pi cari 

Nursing Pillow 


balik nanti kita cik kit daut (check it out)

barang2 keperluan selepas keluar hospital plak yer