Terjemahan Al-Quran

Welcome to my humble Gugu-Gaga Blog



Friday, December 7, 2012

Me, Pregnancy and My Heart - part 3


Kesian uolls yer berabad menunggu sambungan me, my heart and my pregnancy ni yer..Sorry la uolls, iolls semenjak dua menjak ni tetiba hilang mood mengarang..hupdate entry pun copy-paste punyer jer...huhuhu

2 entry mengenai perkongsian kisah silam... 
ecehhh!! 
silam la sangat....
Habis semua almari kisah hidup saya di selongkar. Tapi iolls tak kisah..
Sharing is caring uolls...

Allah memang mempunyai perancangan yang terhebat buat saya
8 bulan selepas Major Operation kedua saya menggantikan injapyang rosak semula..
Saya bertemu jodoh, eh bukan dengan orang lain yer...
takut uolls ingat bertemu jodoh dengan orang lain plak..
dengan Incik Tonang saya tu la...

Walaupun banyak halangan dan rintangan yang kami lalui 
termasuk la dia sanggup tunggu saya selama 6 tahun...
On/Off relationship..
Tapi, jodoh , ajal-maut semua telah Allah tentukan sejak azali lagi...

Alhamdulillah kami selamat di Ijab-kabul kan di sebuah majlis yang serba sederhana di rumah nenek kesayangan saya...Saya kan cucu kesayangan haruslah buat di rumah neneak yer..ekeke

Jom nak share sikit gambar-gambar Majlis tunang/nikah dan kenduri..

 

Ni gambar masa bertunang..sehari sebelum Majlis kenduri

 
  
Gambar Majlis akad Nikah.. Rumah nenek saya 


Akad Nikah malam sebelum  majlis kenduri-kendara 

 

Hari Kejadian....


Cukup lah tu, tak yah banyak-banyak yer...hehehe malu den...



Kuasa Allah mengatasi segalan nya... 
Kun Faya Kun
 Dua bulan selepas bernikah saya di sahkan hamil  6 minggu
perasaan masa tu hanya Allah sahaja yang tahu..betapa gembiranya saya dan suami. 
Syukur Alhamdulillah


Kalau uolls ingat entry 
doktor beritahu kemungkinan saya tidak boleh mengandung..

Pernah terlintans difikiran saya suatu ketika dahulu

Sekiranya suatu hari saya berkahwin dan memang tlah ditakdirkan bahawa saya tidak boleh mengandung, (perkara ni juga saya pernah bincangkan dengan tunang saya ketika itu) kami mungkin akan mengambil anak angkat, tunang saya juga bersetuju.

 Tapi apakah yang dapat mengatasi kuasa Pencipta.



Dan apabila saya disahkan hamil, macam biasa la berbakul2 nasihat
yang saya terima masa buat buku Merah di Kelinik Kesihatan.
Saya cuma mengangguk tanda faham...

Apabila kandungan saya mencecah 9 minggu saya tiba-tiba di serang SVT dan terpaksa dikejarkan ke Hospital
Nak tau tak SVT tu apa???

Supraventricular tachydcardia (SVT) is any rapid heart rhythm originating at or above the atrioventricular node. Supraventricular tachycardias can be contrasted with the potentially more dangerous ventricular tachycardias - rapid rhythms that originate within the ventricular tissue
In general SVT is caused by one of two separate mechanisms. The first is re-entry, the second is automaticity. SVT due to re-entry (such as AV nodal reentrant tachycardia and atrioventricular reciprocating tachycardia) often presents with an almost immediate onset [1]with sudden increase in heart rate. A person experiencing PSVT may feel the heart rate accelerate from 60 to 200 beats per minute or more. Typically, there is also a sudden reversion to normal rhythm. 
atrial fibrillation. Irregular impulses reaching av node. Only some being transmitted.

- sumber Wikipedia

- Dengan kata lain, secara tiba-tiba jantung saya mengalami kadar denyutan yang terlalu cepat sehingga mencecah 160beats/min


Sebenarnya sebelum ni pun saya pernah alami SVT beberapa kali tapi saya tak pegi hospital sebab dia akan kembali seperti normal beberapa jam selepas itu..

Tapi kali ni..sebab saya fikir saya mengadung dan risaukan kandungan saya
 jadi saya pun decide unutk pergi hospital...


lepas tu apa lagi ...
tersadai la saya kat CCU hospital hampir  sebulan...

Yang saya pelik Doktor tanya saya dengan keadaan marah

" Awak ni kan ada masalah jantung yang kronik, mana surat kebenaran yang mengatakan awak boleh mengandung?"

Doktor sorang lagi plak cakap

" Awak ni tak sayang baby ke, dah la awak mengandung dengan ambil warfarin, sangat bahaya untuk baby di awal trimester " 

macam2 lagi la yang doktor cakap dengan saya

Allah saja yang tahu perasaan saya masa tu.. Memang saya merancang untuk cuba juga dapatkan baby tapi, kalau Allah tak izinkan takkan berlaku..betul tak???

Saya tekad apa selepas ini apa sahaja yang berlaku saya betul2 Pasrah

3 minggu selepas itu saya ditransfer ke IJN

Doktor IJN yang akan menentukan sama ada kandungan ini selamat untuk diteruskan ataupun tidak
sama ada ia akan membahayakan saya dan baby atau tidak......

Dengan izin Allah...

saya dapat teruskan kandungan...Syukur sangat Ya Allah..

Tapi unutk teruskan kandungan saya terpaksa tukar ubat yang saya makan sekarang daripada 


warfarin tablets kepada........


heparin @ clexane

iaitu ubat suntikan.....

Tujuan diberi clexane ni adalah unutk mengurangkan risiko keguguran atau kecacatan pada janin yang mana penganbilan warfarin boleh menjadi penyebab kecacatan serta keguguran kandungan pada awal kehamilan ( trimester pertama)

setiap hari kena suntik di perut 2 kali sehari sehingga kandungan saya mencecah 16 minggu

Saya sanggup lakukan apa sahaja demi my Precious one....






.............................bersambung lagi














Thursday, December 6, 2012

Respon dari si Ibu....



Anak dalam kandungan sering kali melakukan aksi positif, seperti menendang-nendang atau berputar-putar di sekitar perut ibunya. Keadaan ini menunjukkan bahwa ia tidak saja melakukan aksi, akan tetapi ia juga ingin aksinya itu mendapat sambutan, jawaban, respons dari luar rahim, yakni dari ibu atau ayahnya bahkan dari anggota keluarga lainnya. Jika dimanfaatkan untuk melakukan interaksi yang lebih 
harmonis, lebih baik dengan melakukan permainan-permainan edukatif, yang bersifat menghibur.


Hal ini selain memberikan manfaat agar si anak dalam kandungan terhibur juga akan menambah erat jalinan hubungan yang indah antara orang-orang yang berada di luar rahim si ibu dan anak dalam kandungannya. Dan, ia akan merasa nyaman dan tenang. Sebab, pada umumnya anak-anak akan merasa tenang dan nyaman bila diberi sentuhan-sentuhan yang menyenangkan dan mengembirakan.

Metode ini cukup dilakukan sederhana saja, seperti langkah-langkah berikut ini. Ketika anak dalam kandungan mulai menendang perut atau berputar-putar di sekitar perut, maka si ibu hendaknya menyambut dengan kata-kata yang manis penuh kasih sayang. Misalnya, “Adik sayang, ada apa Nak?



Mari bermain-main dengan ibu,” sambil ibu menepuk perut atau membalas tepat di sekitar tendangan bayi tersebut, sambil katakan sesuatu perkataan manis, atau paling tidak bahasa tertawa, tersenyum, riang, dan bahagia. Kemudian tepuk atau tekan lagi dengan lembut perut ibu dengan satu tangan di tempat bayi menendang, kemudian tepuk sebentar hingga ia balik menendang. Lakukan beberapa kali hingga ia berhenti menendang perut si ibu. Kemudian, si ibu hendaklah mengakhiri permainan ini dengan memberikan alunan suara merdu, berupa lagu-lagu indah, syair-syair yang bernuansa riang–gembira hingga si bayi betul-betul tertidur atau tidak menendang lagi.
 


Antara kelebihan wanita mengandung


Untuk hamil, bukan perkara yang mudah, pelbagai proses harus dilalui..Yang paling penting ialah tidak akan berlaku sesuatu perkara tanpa izin Allah SWT.

Ada tak ibu-ibu yang kat sini pernah mengeluh kerana ketidakselesaan/kepayahan yang dilalui semasa hamil? mesti adakan termasuklah tuan yang bercakap ni..huhuhu

Setiap kepayahan dan kesusahan yang dilalui oleh si ibu akan dibalas dengan kebaikan dan ganjaran oleh Allah, Oleh itu ibu-ibu semua sabar adalah yang terbaik...(sebenarnya ayat pujuk diri sendiri)huhu



Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: 
Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. 
(Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
 


Antara Kelebihan Wanita Mengandung

1. Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
2. 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil
3. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah
4. Wanita yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa pada setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji
5. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya
6. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid
 7. Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun), malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya
8. Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.
9. Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.

Subhanallah terlalu besarnya ganjaran buat ibu yang mengandung apatah lagi melahirkan..Sebab itulah syurga terletak dibawah tapak kaki ibu.


enterprem gambar tuan tanah sat :D
:love:




Monday, December 3, 2012

8 Perkara Perlu Anda Tahu Untuk Kehamilan Sihat


1. Pemeriksaan Antenatal Penjagaan antenatal sangat penting untuk memastikan anda dan bayi sihat sepanjang kehamilan. Berjumpa doktor O&G sejak awal kehamilan membolehkan mereka memantau kesihatan dan perkembangan bayi dan anda dari semasa ke semasa.

2. Jaga Pemakanan Sebenarnya, dalam kehamilan tiada istilah makan untuk dua orang. Ketahuilah bahawa keperluan tenaga ibu hamil tidak berubah sepanjang enam bulan pertama kehamilan mereka. Keperluan ini mula meningkat sedikit ketika tiga bulan terakhir kehamilan iaitu penambahan lebih kurang 200 kalori sehari. Yang penting, ibu hamil perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pada masa yang sama, pastikan makanan yang diambil bersih bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit. Sekiranya berpuasa, pastikan anda bersahur dan berbuka dengan makanan yang berkhasiat. Hidangan anda mestilah mengandungi protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Cegah dehidrasi tubuh dengan perbanyakan minum air kosong pada waktu malam.

3. Pengambilan Asid Folik Asid folik penting bagi ibu hamil kerana boleh membantu mencegah masalah spina bifida dan masalah kecacatan tiub neural. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian asid folik sebanyak 400mcg bermula semasa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

4. Bersenam Senaman boleh memberi kekuatan dan ketahanan pada ibu hamil. Senaman juga akan memudahkan ibu hamil kembali ke bentuk tubuh asal selepas bayi anda dilahirkan. Semasa hamil, wanita digalakkan melakukan senaman lantai pelvik bagi menguatkan otot sekitar pelvik yang membantu mengelakkan daripada berlakunya inkontinens, yang selalu dialami oleh wanita hamil. Tekanan inkontinens adalah terkencing akibat aktiviti tertentu seperti bersin, ketawa atau bersenam.

5. Pakaian Dan Kasut Ketika Hamil Sepanjang kehamilan, ibu-ibu disarankan agar memakai pakaian yang longgar dan tidak mencengkam terutamanya pada bahagian pinggang. Pastikan juga pakaian tersebut menggunakan fabrik yang mudah serap peluh seperti kain kapas. Pada masa yang sama, pakaian dalam juga perlu yang sesuai iaitu khas untuk wanita hamil. Untuk kaki, pilihlah kasut bertumit rendah dan diperbuat daripada kanvas atau kulit yang membantu memberi sokongan kepada tapak kaki anda.

6. Hadkan Pengambilan Kafein Sesetengah penyelidik berpendapat bahawa pengambilan terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko keguguran dan melahirkan bayi yang tidak cukup berat. Pakar memberitahu bahawa jumlah pengambilan kafein yang tidak memudaratkan ialah sekitar 150mg hingga 300mg, dalam 3 cawan. Walau bagaimanapun, pengambilan kafein yang kurang daripada kadar tersebut adalah lebih baik.

7. Atasi Morning Sickness Morning sickness merupakan masalah paling biasa berlaku pada awal kehamilan tetapi tahap keseriusannya berbeza antara wanita. Masalah ini tidak akan mengancam bayi dalam kandungan selagi anda mampu untuk menyimpan sebahagian daripada apa yang dimakan. Sama penting adalah anda harus banyak minum air. Makanlah makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika berasa amat loya, makan apa saja yang mampu.

8. Rehat Secukupnya Ibu hamil disarankan agar mendapatkan rehat secukupnya. Jika sakit belakang mengganggu tidur, cubalah berurut. Tapi, pastikan urutan tersebut dilakukan oleh individu yang berpengalaman. Selain itu, senaman dan aktiviti santai juga boleh membantu meredakan tekanan yang dihadapi.


Wednesday, September 26, 2012

Me, pregnancy and my heart - part 2

Hi you olls, let's continue story mory morning glory....tu pun kalau uolls tak muntah ijo la baca story saya yang bosan ni....
Tak tau la kenapa mood hari ni nak sharing plak....layan kan je lah

Selepas operation alhamdulillah saya dah boleh kembali aktif..malah lebih aktif dari sebelumnya...siap pegi jungle tracking bagai...sampai cikgu pun naik risau......
dan saya pun terus menjalani kehidupan seperti rakan2 seusia yang lain....

Dalam entry yang lepas saya ada bagitau uolls yang jangka hayat injap mekanikal boleh tahan sepanjang hayat...tetapi bergantung sepenuhnya dengan ubat...

Tapi perancangan Allah yang merancang sesuatu untuk saya...
Mungkin sebagai ujian, mungkin juga sebagai peringatan buat saya yang sering alpha dan leka....
Akhirnya pada 13 June 2011..sekali lagi saya terpaksa di operate kerana saya diberitahu doktor bahawa injap yang diganti dulu rosak semula, juga kerana terdapat banyak ketulan darah beku di jantung saya...operation perlu dilakukan dengan segera kerana doktor bimbang sebab kedaan saya masa tu dah terlalu kritikal...maka pada 13 June 2011 
saya di 'operate sekali lagi....

Sebelum masuk bilik operation tu doktor ada bagitau mama yang opertion kali ni dia tak nerani nak jaminan cuma 50-50 memandangkan ini operation kedua dan keadaan saya yang kritikal waktu itu..

saya ingat lagi masa tu mama menagis, begitu juga ahli keluarga yang lain yang ada di bilik menunggu..saya tak sampai hati tengok mama macam tu...tak de apa yang saya boleh cakap masa tu melainkan..
 mama, jangan macam ni, Allah sayang along ( saya bahasakan diri saya dikalangan keluarga) , along redha apa sahaja yang ditentukan, mama juga kena redha, kalau kita redha semuanya akan menjadi mudah..inshallah
mama terdiam dan menganggukan kepalanya...Tangisan mengiringi saya masuk ke dewan bedah........
saat itu saya betul-betul pasrah....


...cam dalam novel plak rasannya...

Alhamdulillah ternyata segalanya berjalan dengan tenang dan lancar..seribu kesyukuran saya panjatkan kepada Allah SWT..DIA adalah sebaik-baik perancang..hanya dia yang tahu apa yang terbaik buat kita...
Allah beri saya peluang kedua untuk membaiki diri, menjadi hambanya yang lebih baik lebih bertaqwa....
Saya beruntung diuji dengan kesakitan, kerana ia sentiasa mengingatkan saya pada kematian...


Insan yg sentiasa berada disisi saya..tak pernah tinggalkn saya walau 1 saat..terima kasih mama....dia sentiasa tersenyum walau apa pun, tak terbalas segala jasanya..semoga Allah sentiasa merahmati mama



Satu drpd 3 tube yg dimskkn dlm badan saya...waaaa sakit sgt...






Time ni dekat hospital Teluk Intan..Masa ni saya dah mula tak bOleh bernafas sendri perlukan bantuan oksigen n condition sgt kritikal..then dr decide to send me to IJN


@ ccu b4 operation




Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.


bersambung.........


Saturday, September 22, 2012

Me, pregnancy and my heart - part 1

Salam...

Lama sangat tak update blog rasanya...lama dah tak mengarang dan menulis...(tetiba teringat time sekolah, kena buat karangan) uhuhuhu..tetiba hari ni ada mood untuk menulis dan berkongsi...
Firstly, kesyukuran yang tak terhingga dipanjatkan kepada yang maha esa kerana masih diberi peluang untuk bernafas sehingga ke hari ini.. Juga atas segala nikmat yang diberi...Hari ni saya nak berkonsi sesuatu yang berat skit...boleh tak? Kalau korang sudi baca la....


Alhamdulillah dengan izinNya juga kandungan saya dah masuk 25 minggu...baby dan ibu alhamdulillah setakat ni sihat...
Cuma saya memang sangat cepat letih...Doktor pun nasihatkan supaya bercuti sepanjang kehamilan atau berhenti kerja...


Awal kandungan, dekat sebulan jugak la saya tersadai kat hospital..kerana mendapat beberapa serangan jantung...
Choppp!! Serangan jantung??..surprise!!

Memang saya tak pernah berkongsi kat sini yang saya sebenarnya adalah salah seorang pesakit jantung...Saya merupakan salah seorang pesakit Rheumatic Heart Disease..bahasa mudahnya injap jantung saya mengalami jangkitan kuman semenjak kecik lagi akibat serangan demam Rheumatic..tapi cuma dapat dikesan pada umur 14 tahun...

Operation yang pertama pada 14 April 2001 masa tu saya ditingkatan 4...Operation tu dibuat di IJN bagi menggantikan 2 injap saya yang telah dijangkiti kuman...
Sebelum operation tu doktor dah maklumkan kemungkinan besar saya tak boleh mengandung atau melahirkan...saya juga diberi pilihan sama ada nak ganti dengan injap sintetik/mekanikal atau injap tisu lembu...apa pilihan yang saya ada?

Pro / Cons


1: Injap Sintetik/Mekanikal
* Jangka hayat : seumur hidup 
* kelemahan : 1. bergantung dengan ubat seumur hidup
                      2. Risiko tinggi sekiranya mengandung..


2: Injap tisu lembu
* Jangka hayat : 10 - 15 tahun bergantung pada individu
* kelemahan : 1. Selepas 10- 15 tahun perlu diganti kerana dan terpaksa melakukan operation kedua..
                      2. Operation kedua 50-50
* kelebihan : boleh mengandung dan melahirkan...

Ini adalah kefahaman saya pada waktu itu....

Akhirnya mama yang buatkan keputusan untuk saya...saya ingat lagi mama kata " tak pe lah kita tawakkal jer, mungkin 10-15 tahun lagi ada teknologi baru yang membolehkan saya mengandung " - tentu korang dapat agak kan yang mana satu pilihan mama.....hehehe...bijak..bijakk!!
Saya cuma menurut saja apa jua pilihan mama...ye la masa tu pun saya masih dibawah umur....
Alhamdulillah operation berjalan dengan lancar...dekat tiga bulan jugak la saya cuti sekolah time tu..nasib baik la baru di tingkatan 4...next yearnya baru SPM...
Akhirnya saya boleh menjalani semula hidup seperti rakan2 yang lain yang sebaya dengan saya waktu itu...

Owh sebelum tu saya juga nak berkongsi apa itu Rheumatic Heart Disease dan symptom-symptom...

Rheumatic Heart Disease adalah sejenis penyakit yang mengakibatkan kerosakan kekal pada jantung seseorang berpunca daripada sejenis Demam Rheumatic.

Sejenis bakteria menjangkiti injap jantung seseorang itu yang berpunca daripada sakit tekak / batuk yang membawa kepada demam Rheumatic.
Penyakit ini boleh berlaku pada semua peringkat usia walaubagaimana pun ia biasanya menjangkiti kanak-kanak dan remaja pada usia 5 hingga 15 tahun.


Symptom - symptom

- terdapat tanda kemerah-merahan seperti ruam biasanya tumbuh  di bahagian dada, belakang atau abdomen.

- kegagalan mengawal pergerakan tangan, kaki atau otot muka.
-  Sakit sendi-sendi kemerahan, membengkak.
- Sering sakit perut
- berasa cepat letih
- nafas pendek / kesukaran bernafas
- kehilangan berat badan yang mendadak
- demam


Untuk info lanjut sini : http://www.disabled-world.com/health/cardiovascular/rheumatic-heart-disease.php
Nasihat saya sekiranya anak2 atau keluarga atau saudara mara korang mengalami symptom2 seperti diatas segeralah berjumpa doktor...
** walaubagaimana pun setiap orang akan mengalami symptom yang berbeza...
Tolong alert sekiranya anak2, saudara mara atau ahli keluarga terutamanya kanak2 mengalami batuk / sakit tekak atau demam...
Bak kata omputih...
  "PREVENT IS BETTER THAN CURE"....

Saya rasa sampai sini je la dulu saya beceloteh....
Dah nak masuk maghrib....kita solat dulu ye kawan2.....

TIADA PANGGILAN SEPENTING PANGGILAN ILLAHI!!!! Cewah jadi ostazah plak.....
Lepas maghrib insya'llah saya sambung al -kisahnya.....tungguuuu