Terjemahan Al-Quran

Welcome to my humble Gugu-Gaga Blog



Tuesday, March 29, 2011

3 Langkah Bagaimana Menjadi Wanita Berfikiran Positif Setiap Hari


As-Salam
Berfikiran positif merupakan terapi kepada minda..menurut kajian didalam 'The Secret' oleh penulis Rhonda Bynes

"Like Attracts Like! Like Attracts Like is nothing more than the Law of Attraction. It is absolute and has nothing to do with your personality, your religious beliefs, being a "good" or a "bad" person or anything else. No one lives beyond this Law. It is an unquestionable law of the universe."


melalui penulisan beliau mengenai "Law of attraction" boleh disimpulkan disini bahawa sekiranya kita berfikiran positif maka kita akan manarik semua getaran positif disekitar kita...
Kali ini DS ingin berkongsi bagaimana unutuk memupuk diri kita sebagai Wanita yang positif dalam menjalani kehidupan seharian...
ini adalah kerana wanita berfikiran positif adalah wanita bersemangat, berinspirasi, mendahulukan Tuhan dalam setiap perkara, bersangka baik dengan masalah serta senang didampingi sesiapa saja. Berikut adalah 3 langkah asas bagaimana menjadi wanita berfikiran positif setiap hari.


Langkah 1: Bersangka Baik Dengan Situasi Buruk.

Masalah, cabaran dan situasi buruk tetap akan datang dari berbagai arah. Anda tak boleh elak, tak boleh sembunyi, tak boleh lari. Untuk menjadi wanita berfikiran positif, anggap masalah sebagai sebagai peluang untuk memajukan diri. Anggap cabaran sebagai peluang untuk Anda mendiskaver kekuatan serta bakat Anda. Jadikan situasi buruk sebagai peluang untuk Anda memperbaiki diri menjadi orang baru, memperbaiki pemikiran dan memperbaiki tindakan.

Langkah 2: Memaafkan Kesalahan Orang Lain Sebelum Anda Tidur.

Ego, sikap panas baran serta kesombongan membuat Anda sukar memaafkan. Oleh kerana itu, fikiran pun terbentuk penjadi fikiran negatif. Turunkan ego Anda, buang sikap panas baran, buang kesombongan. Jadilah seorang pemaaf. Maafkan kesalahan orang lain yang Anda tak puas hati dari sebesar-besar kesalahan hinggalah ke sekecil-kecil kesalahan. Amalkan memaafkan kesalahan semua orang pada Anda dari dulu sampai sekarang. Bila bangun keesokan paginya, Anda akan rasa ‘feel good’. Anda akan jadi bersemangat.

Langkah 3: Biar Anda Kuasai Emosi,Bukan Emosi Kuasai Anda.

Wanita sinonim dengan air mata kerana emosi wanita amat sensitif. Nak menjadi wanita berfikiran positif Anda perlu tabah serta mahir mengawal emosi. Dalam apa jua perkara, kawal emosi Anda. Anda boleh berlatih mengawal emosi dengan bertenang selalu, be in control, pamerkan air muka yang tenang serta amalkan meditasi ringkas (duduk diam, tenangkan fikiran) selepas selesai sembahyang. Meditasi ringkas di iringi zikir-zikir Asmaul Husna membuat Anda mahir mengawal emosi. Lama kelamaan Anda akan mahir menahan marah, menahan tekanan,sentiasa tenang.

Sunday, March 20, 2011

Kesan-kesan Jika Terkena Radiasi Nuklear




Selepas berlakunya gempa bumi yang mengakibatkan tsunami yang paling teruk sejak 140 tahun dalam sejarah negara Jepun, kini timbul pula masalah yang kian menghantui para penduduk Jepun iaitu radiasi nuklear. Ini terjadi akibat dari beberapa loji dan reaktor nuklear yang mengalami kerosakan seterusnya mengakibatkan tersebarnya radiasi nuklear yang boleh memberi kesan jangka panjang khususnya kepada penduduk Jepun.

kali ni DS nak share sebuah artikel berkenaan radiasi nuklear. Semoga artikel ini dapat memberi sedikit gambaran kepada anda apakah itu radiasi nuklear dan bagaimana kesannya kepada seseorang individu untuk jangka masa pendek dan panjang.

Bencana di Jepun mencetuskan kebocoran loji nuklear seperti yang terjadi di Chernobyl tahun 1986.Kesannya bermacam-macam,ada yang boleh dirasakan seketika dan ada yang tidak diketahui hingga bertahun-tahun.



Kebocoran loji nuklear terburuk dalam sejarah terjadi di Chernobyl,Ukraina pada April 1986.Selain memberikan kesan ribuan penduduk sekitar lokasi kejadian,kesan kesihatan masih dirasakan mangsa hingga bertahun-tahun,misalnya kanser,gangguan kardiovaskular dan bahkan kematian.

Secara alami, tubuh manusia memiliki mekanisme untuk melindungi diri dari kerosakkan sel akibat radiasi mahupun pejanan zat kimia berbahaya lainnya.Namun seperti dikutip dari Foxnews,radiasi pada tingkatan tertentu tidak boleh dikawal oleh tubuh dengan mekanisme tersebut.



Editor kesihatan dari Foxnews Health, Dr Manny Alvarez mengatakan ada 3 faktor yang mempengaruhi kesan radiasi nuklear.Ketiga faktor tersebut akan menentukan kesan apa yang akan dirasakan mangsa.Sinaran yang tinggi mencetuskan kesan sementara yang boleh diketahui,sementara kesan radiasi yang tidak disedari boleh mencetuskan kesan jangka panjang yang biasanya lebih berbahaya.

Kesan sementara atau jangka pendik akibat radiasi tinggi di sekitar loji nuklear antara lain sebagai berikut:

1. Mual muntah
2. Diare
3. Sakit kepala
4. Demam.

Sementara itu,kesan yang baru muncul setelah terdedah kepada radiasi nuklear selama beberapa hari di antaranya adalah sebagai berikut:

1. Pening kepala,mata berpinar-pinar
2. Kecelaruan atau bingung menentukan arah
3. Lemah, letih dan kelihatan lesu
4. rambut gugur dan kebotakan
5. Muntah darah atau buang air besar mengeluarkan darah
6. Tekanan darah rendah
7. Luka susah sembuh.

Kesan kronik atau jangka panjang dari radiasi nuklear oleh tingkat radiasi yang rendah sehingga tidak disedari dan tidak diketahui hingga bertahun-tahun.

Berikut adalah kesan radiasi nuklear jangka panjang..

1. Kanser
2. Penuaan awal
3. Gangguan sistem saraf dan pembiakan
4. Mutasi genetik.

Wednesday, February 23, 2011

Lawak Sengal 2

WILL


A dying granny was talking to her granddaughter.
"I may die any minute so I want u to inherit my farm including the villa,
tractor, the farmhouse and all the livestock and $ 22,389,630.00 cash".
"WoW!!" said the granddaughter'thanks granny,
I didn't know you even had a farm & all this wealth!
Where is it??

Grandma : 'Facebook.
=))

****************************************************************************

English


Arab couple went in a honey moon in Hawaii.
They stayed in hotel.
The wife saw a mouse in the room and told her husband
Both don't know 'mouse' in english

Husband : Hello..
Reception : Yes, how can i help you sir?
Husband : Do you know Tom and Jerry?
Reception : yes,
Husband : Jerry is here, come come!!!

lolzzz




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, February 21, 2011

LAWAK SENGAL DIPETANG HARI!!

As Salam,
Jom kita layan lawak sengal petang2 ni sambil menikmati minum petang, i tau uolss sumer mesti tengah stresskan kat tempat keje hari Isnin camni ni...kan..kan..kan...ekekeke....mak ni kan prihatin.. Jomss layannnn

☑ KALAU TIPU KENA LEMPANG

Mizan merupakan seorang saintis yang sangat terkenal kerana berjaya mencipta sebuah robot yang mampu mengesan sebarang bentuk "pembohongan". Oleh kerana kejayaannya itu, di telah dianugerahkan dengan gelaran Professor Mizan. Robot ciptaannya itu sangat "terer" dalam mengesan pembohongan dan robot tersebut turut memiliki kelengkapan khas di mana apabila ia mengesan pembohongan dilakukan, secara automatik ia akan menampar si pembohong itu.

Kemudian, Leman dengan bangganya membawa pulang robot tersebut ke rumah dan meletakkannya di ruang tamu sambil menunggu anaknya Akram pulang.

Mizan : Kamu dari mana?
Akram : Dari kelas tambahan ayah

*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

Mizan : Nak,ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
Akram : Maaf ayah… saya baru habis menonton movie di rumah kawan…
Mizan : Cerita apa?
Akram : Cerita Papadom ayah

*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya sekali lagi.

Mizan : Katakan dengan jujur cerita apa?!
Akram : Maaf ayah… saya tengok cerita lucah

Mendengarkan itu marahlah Mizan.

Mizan : Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Mizan ditampar oleh robotnya. Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Mizan iaitu Tipah kemudiannya masuk ke ruang tamu dan langsung berkata…

Tipah : Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…

*PLANG* Robot menampar isteri Mizan sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…
~~~~~~~~~~☀
☑ OUTSTATION

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti¡­

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama¡­.

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen¡­

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama¡­

Atuk (Boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh¡­

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu¡­

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk(Boss) menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, February 15, 2011

Rindu padamu......



Alangkah Indahnya Hidup ini
Andai Dapat Ku Tatap Wajahmu
Kan Pasti Mengalir Air Mataku
Kerna Pancaran Ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak Pernah Ku Tatap Wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami Rindu Padamu (2x)

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah Kami Sebagai Umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah Syafaatmu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim (2x)
Alangkah Indahnya Hidup ini
Andai Dapat Ku Tatap Wajahmu
Kan Pasti Mengalir Air Mataku
Kerna Pancaran Ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak Pernah Ku Tatap Wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami Rindu Padamu (2x)

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah Kami Sebagai Umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah Syafaatmu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim (2x)


DS : Masya'llahh sangat syahdu medengar nyanyian Mek Siti nih...mengalir air mata tatkala menghayati bait2 lirik lagu ini...sungguh kami rindu padamu Ya Habiballah, betapa Baginda juga diuji, difitnah, dan dibenci sesungguhnya kecekalanmu, ketabahanmu dan kemuliaan peribadimu akan menjadi sanjungan umat sepanjang zaman..Sesungguhnya kami rindu padamu Ya Rasulullah...



Biodata Rasulullah s.a.w.

Biodata Rasulullah s.a.w.

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara: • Al-Harith bin Abdul Muthalib • Muqawwam bin Abdul Muthalib • Zubair bin Abdul Muthalib • Hamzah bin Abdul Muthalib • Al-Abbas bin Abdul Muthalib • Abu Thalib bin Abdul Muthalib • Abu Lahab bin Abdul Muthalib • Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib • Hijl bin Abdul Muthalib • Dzirar bin Abdul Muthalib • Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah: - Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) - Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin: Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah: 1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a 2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a 3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar) 4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab 5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah) 6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a 7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith 8. Safiyah bt. Huyay 9. Zainab bt. Jansyin 10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah 11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah 12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah: 1. Qasim 2. Abdullah 3. Ibrahim 4. Zainab 5. Ruqaiyah 6. Ummi Kalthum 7. Fatimah Al-Zahra’ 8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya. * Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga. * Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar. * Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih. * Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak. * Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah: - Berkata benar (siddiq) - Boleh dipercayai (amanah) - Penyampai ajaran Islam (tabliq) - Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu: - Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M) - Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun. - Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur. - Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” - Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah. - Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam: • Zaid bin Harithah (anak angkat nabi) • Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun) • Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam) • Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah: - Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” - pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M) - Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu: Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.”

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW.